Ekonomi @ My LNA

Lebih 90% PMKS Terjejas Akibat PKP, MEDAC Komited Bantu Usahawan – Dr. Wan Junaidi

236

4 Jun 2021 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi ( MEDAC) terus komited dalam membantu usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) menyediakan fasilitasi dan bantuan perniagaan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata lebih 90 peratus usahawan PMKS berdepan risiko terjejas sekiranya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP3.0) dilaksanakan secara berterusan.

“Hasil analisis maklum balas hasil kaji selidik itu mendapati, 58 peratus operasi perniagaan usahawan mikro terjejas teruk manakala hampir keseluruhan perniagaan informal (90 peratus) berisiko untuk ditutup sekiranya pelaksanaan PKP yang ketat dan berterusan” katanya.

Kajian yang dibuat oleh Kementerian sejak Mac lalu membabitkan 3,855 responden seluruh negara dengan majoriti iaitu 58 peratus adalah perusahaan mikro manakala bakinya adalah perusahaan kecil, dan sederhana (PKS), koperasi dan informal.

“Pelaksanaan PKP turut menyebabkan operasi perniagaan terganggu kerana usahawan terpaksa menutup sementara atau memendekkan waktu operasi perniagaan mereka”.

Tambah beliau, kesan langsung daripada keadaan ini akan menyebabkan 126,290 orang guna tenaga PKS hilang pekerjaan.

“Perusahaan mikro dan informal yang paling teruk terjejas kerana produk dan perkhidmatan mereka adalah dalam sektor tidak penting, malah mereka juga tidak mempunyai simpanan dan aliran tunai yang kukuh”

“Walaupun nilai sumbangan ekonomi yang diberikan agak kecil, bilangan usahawan mikro dan informal adalah antara yang terbesar di negara ini” ujar beliau dalam sidang media membentangkan penemuan kaji selidik berkenaan secara maya, semalam.

Antara langkah dan tindakan yang diambil kerajaan khususnya MEDEC bagi membantu para usahawan adalah dengan meneruskan pelaksanaan intervensi di bawah Pelan Pemulihan, bantuan pembiayaan dan moratorium secara bersasar.

“Kerajaan juga telah memperuntukkan RM340 bilion dalam pelbagai pakej rangsangan ekonomi bagi membantu mengurangkan impak PKP, namun sehingga kini ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya”.

Beliau turut menjelaskan bahawa MEDAC akan melaksanakan siri kaji selidik seterusnya selepas dua minggu tempoh ‘lockdown’ dilaksanakan.

“Kaji selidik seterusnya ini dibuat bagi menilai impak lanjut yang dihadapi oleh usahawan termasuk langkah keberkesanan intervensi yang dilaksanakan oleh kerajaan” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...