PUTRAJAYA 31 Mei 2021 – Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan peruntukan sebanyak 2.1 bilion ringgit bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR di dalam ucapan pengumuman program bantuan PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA Plus semalam.
Kata Muhyiddin, bagi memastikan kesejahteraan dan kelangsungan hidup golongan rentan dan pekerja yang bergantung kepada upah harian yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Kerajaan bersetuju untuk memperuntukkan 2.1 bilion ringgit bagi menambah kadar program Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR.
“Bagi kategori isi rumah yang berpendapatan di bawah 2,500 ringgit, mereka akan menerima kadar BPR tambahan sebanyak 500 ringgit dan isi rumah berpendapatan antara 2,501 hingga 5,000 , akan menerima kadar sebanyak 300 ringgit. Golongan bujang pula akan menerima 100 ringgit.
BPR tambahan ini akan mula dimasukkan ke akaun penerima pada hujung bulan Jun nanti. Bayaran ini merupakan tambahan kepada fasa bayaran terakhir BPR bulan September kelak sebanyak 2.4 bilion ringgit.” kata Muhyiddin.
Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan bahawa semua golongan B40 dan rakyat yang terjejas ekoran kehilangan pekerjaan serta perusahaan mikro dan PKS yang tidak dibenarkan beroperasi dalam tempoh PKP, mereka diberi pilihan untuk mendapatkan kelulusan moratorium secara automatik selama 3 bulan atau boleh memilih untuk mendapatkan pengurangan bayaran balik secara ansuran sebanyak 50% selama tempoh 6 bulan.
“Inisiatif ini akan dilaksanakan segera pada bulan Jun yang dijangka memanfaatkan lebih dari 5 juta peminjam dengan nilai sehingga 30 bilion ringgit.
Insha-Allah, industri perbankan akan memberikan maklumat lebih terperinci berhubung perkara ini mulai esok. Saya berharap, pengumuman moratorium automatik ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada peminjam institusi perbankan. Para peminjam hanya perlu menghubungi bank masing-masing untuk mendapat manfaat bantuan ini.” katanya.
Program bantuan PEMERKASA Tambahan atau PEMERKASA Plus merupakan inisiatif terbaharu Kerajaan untuk membantu meredakan cabaran yang dihadapi, terutamanya ekoran pelaksanaan PKP pada masa ini. Ia berjumlah 40 bilion ringgit, di mana suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak 5 bilion ringgit.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment