30 Mei 2021 – Pengasas Majlis Pimpinan Politik Wanita Malaysia (COMWEL), Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin berkata berhubung dengan keputusan majoriti panel hakim di Mahkamah Persekutuan baru-baru ini yang memutuskan seorang anak yang berbapakan warga Malaysia tidak sah taraf lalu tidak layak mendapat kerakyatan, beliau akan bangkitkan kes tersebut kepada Menteri bertanggungjawab atau di kabinet. Menurutnya ini demi memastikan anak tersebut mendapat status kewarganegaraan secara pendaftaran, mengikut Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
“Walaupun kami menghormati keputusan yang dibuat badan kehakiman dalam melaksanakan tugas perlembagaan mereka, saya perlu menyatakan tidak setuju dalam kes ini.
Kes ini, yang mengesahkan lagi kes-kes berkaitan status kerakyatan anak tidak sah taraf yang telah pun diputuskan sebelum ini, sangat bertentangan dengan semangat keadilan dan belas ihsan.
Tiada anak yang patut dinafikan hak kewarganegaraan atas dasar dia tidak sah taraf.” kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.
Tambah Zuraida, sudah tiba masanya untuk tamatkan kerosakan yang ditimpa kepada orang yang tidak bersalah ekoran peruntukan yang sudah ketinggalan zaman, iaitu Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan, yang digunakan untuk penghakiman majoriti dalam kes tersebut.
“Justeru itu, saya komited ke arah pemansuhan atau pindaan perkara itu. Saya akan membangkitkannya dalam kerajaan.” ujarnya.
- Tsim Sha Tsui Ranked the World’s Fourth Most Expensive Shopping Street
- 2024 Triggers First-Ever Insurance Payout for Disaster Fund
- Oil market dynamics and future trends with global broker Octa
- Relive the Golden Era of Canto Pop: DF Reunion Concert Brings the Magic Back
- The power of television in bridging borders, families, and generations
Leave a comment