30 Mei 2021 – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada hari ni menegaskan bahawa pihaknya hanya boleh memberi kelulusan beroperasi sepanjang tempoh “total lockdown” yang dimumkan oleh Kerajaan baru-baru ini kepada sektor perkilangan dan perkhidmatannya yang berkaitan (manufacturing related service – MRS).
Menurut MITI di dalam satu siaran media hari ini sektor pembuatan dan MRS yang dibenarkan untuk beroperasi, perlu mendapat surat kelulusan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang boleh dimuatturun daripada portal COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0.
“Berkuat kuasa pada hari Ahad, 30 Mei 2021 jam 8.00 malam, syarikat pembuatan yang sedia ada berdaftar dengan CIMS 3.0 boleh memuat turun surat kelulusan MITI yang baharu dan mengemas kini senarai pekerja mereka, sekiranya perlu.
Bagi syarikat pembuatan yang masih belum mendaftar, boleh membuat pendaftaran bermula hari Isnin, 31 Mei 2021, bermula jam 1.00 tengah hari. Maklumat terperinci mengenai tatacara pendaftaran di CIMS 3.0 (melalui pautan notification.miti.gov.my) boleh dilayari melalui www.miti.gov.my.” jelas MITI.
Tambah MITI, pekerja di sektor pembuatan dan MRS memerlukan surat kelulusan MITI, surat pengesahan lantikan daripada majikan atau kad pekerja untuk pergerakan mereka ke tempat kerja.
“Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa mengenai kapasiti tenaga kerja dikekalkan pada kadar 60%. Syarikat pembuatan dalam sektor yang hanya dibenarkan untuk meletakkan mesin di dalam status siap siaga perlu memuat turun surat kelulusan MITI melalui CIMS 3.0, tertakluk pada kapasiti tenaga kerja pada kadar 10%.
Sektor pembuatan dan MRS yang dibenarkan beroperasi wajib memastikan pematuhan ketat ke atas SOP oleh MKN dan MITI. Kegagalan mematuhi SOP adalah satu kesalahan dan boleh mengakibatkan kompaun dan / atau penutupan premis. Untuk memastikan pematuhan SOP yang berkesan, langkah penguatkuasaan yang komprehensif dan ketat akan dilakukan oleh agensi penguatkuasaan Persekutuan dan Negeri.” kata MITI.
Senarai sektor pembuatan dan MRS yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh “total lockdown” bermula dari 1 Jun hingga 14 jun 2021 :
Kapasiti (60% pekerja):
- Aeroangkasa (komponen dan maintenance, repair and overhaul – MRO)
- Makanan dan minuman
- Bahan pembungkusan dan percetakan
- Barang-barang penjagaan diri, dan bahan pencuci
- Keluaran penjagaan kesihatan dan perubatan termasuk penokok diet
- Peralatan perlindungan diri (PPE) termasuk sarung tangan getah dan peralatan keselamatan kebakaran
- Komponen bagi peranti perubatan
- Elektrikal dan Elektronik
- Minyak dan gas (Oil and Gas) termasuk petrokimia dan produk petrokimia
- Produk kimia
- Mesin dan peralatan
- Tekstil untuk pengeluaran PPE sahaja
- Pengeluaran, penyulingan, penyimpanan, pembekalan dan pengagihan bahan api dan pelincir
Siapsiaga (warm idle) (10% pekerja):
- Automotif (kenderaan dan komponen)
- Besi dan Keluli
- Simen
- Gelas
- Seramik
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment