AM

Total lockdown : Kekuatan PDRM akan ditambah kepada 55,000 anggota

258

PUTRAJAYA 29 Mei 2021 – Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainuddin memaklumkan bahawa kekuatan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditambah kepada 55,000 anggota sepanjang pelaksanaan ‘lockdown’ yang akan bermula mulai 1 Jun 2021, berbanding 37,000 anggota semasa.

Tambah Hamzah, disamping PDRM, Kementeriam Dalam Negeri (KDN) juga telah menggerakkan seramai 15,000 anggota lagi daripada agensi-agensi penguatkuasaan yang lain yang menjadikan jumlah kekuatan tambahan keseluruhan sebanyak 70,000 anggota.

“Walau bagaimanapun, KDN bersedia untuk menambah jumlah anggota jika diperlukan melalui PDRM, JIM, APMM, RELA, ESCOMM, AKSEM, PENJARA, PKK serta AADK bagi tujuan penugasan tersebut. Selain itu, KDN melalui PDRM juga akan meningkatkan bilangan Sekatan Jalan Raya (SJR) di seluruh negara kepada lebih 800 SJR berbanding hampir 600 SJR pada masa ini.

Pemeriksaan secara mengejut juga akan dilaksanakan oleh Tim Pemantauan Pematuhan SOP dengan kerjasama kementerian dan agensi kerajaan berkaitan seperti MITI, KSM, KKR dan Pihak Berkuasa Tempatan bagi memastikan pematuhan SOP dalam kalangan sektor sosial dan ekonomi. Jumlah penugasan Tim Pemantauan Pematuhan SOP tersebut akan dipertingkatkan kepada hampir 20,000 orang anggota berbanding 13,795 orang ketika ini. Pemeriksaan juga akan melibatkan kawasan di luar bandar dan lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai berkumpul.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, selain dari OP BENTENG, APMM dan Pasukan Polis Marin akan digerakkan untuk memperketatkan pematuhan SOP dan kawalan sempadan terutama di laluan-laluan panas yang menjadi tempat pendaratan pendatang asing bagi mencegah kemasukan secara haram. Manakala JIM bersama JPN dan PDRM juga akan mempertingkatkan operasi penguatkuasaan secara bersepadu di kawasan-kawasan penempatan warga asing di seluruh negara.

“KDN menasihatkan agar semua pihak memberikan kerjasama dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kerajaan bagi memastikan keberkesanaan pelaksanaan perintah ‘lockdown’ kali ini. Tindakan tegas tanpa kompromi seperti kompaun akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati tidak mematuhi SOP di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342].” kata Hamzah.

Hamzah turut menyatakan bahawa Bilik Gerakan KDN akan beroperasi 24 jam bermula 1 Jun 202 manakala Bilik Gerakan di agensi-agensi lain sudahpun beroperasi ketika ini.

emalam, Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

Keputusan ini dibuat selepas sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri petang semalam dengan mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...