27 Mei 2021 11- Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin menegaskan bahawa peruntukan RM70 juta yang terlibat dalam PICK bukan hanya bagi membangunkan halaman web tetapi ia juga meliputi perbelanjaan lain.
Antaranya adalah pengurusan dan pemantauan pencapaian PICK, pembangunan dashboard laporan harian PICK, integrasi sistem bagi menghubungkan pengkalan data MySejahtera dan sistem sedia ada KKM dan pembangunan laman portal pendaftaran vaksin.
Tambah beliau peruntukan tersebut adalah merupakan peruntukan siling maka ia bukanlah jumlah yang pasti akan dibelanjakan oleh Kerajaan.
Leave a comment