Kenyataan Media

Negara Bakal Terima 25 Juta Dos Vaksin Pfizer-BioNtech, Jumlah Vaksinasi Akan Meningkat 150,000 Sehari

54

27 Mei 2021 – Malaysia akan menerima lebih 25 juta dos vaksin jenis Pfizer-BioNtech pada suku ketiga 2021 ini jelas Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Dalam sidang media secara maya hari ini, beliau turut menjelaskan, jumlah vaksin yang akan diterima negara itu bakal meningkatkan jumlah suntikan sebanyak 150,000 sehari pada Jun ini.

“Kerajaan berjaya mempercepatkan penghantaran vaksin dengan menandatangani tambahan 12.8 juta dos Pfizer menjadikan jumlah vaksin yang telah ditempah meningkat ke 44.8 juta sekali gus cukup untuk 70 peratus populasi”.

“Saya umumkan Malaysia akan menerima 25,862,670 dos penghantaran suku tahun ketiga daripada Pfizer. Saya juga ingin memaklumkan pada Jun sejumlah 2.230 juta dos Pfizer akan diterima negara kita yang mana 444,600 akan dihantar setiap minggu dalam tempoh lima minggu, ini bermakna jumlah Pfizer yang telah dan akan diterima sehingga akhir Jun adalah sebanyak 4,974,840 dos” katanya.

Khairy turut menjelaskan pihaknya sedang meneliti untuk memberikan pilihan kepada orang ramai untuk memilih vaksin yang mereka kehendai melalui aplikasi MySejahtera.

“Saya sedang melihat satu kemudahan yang membolehkan orang ramai untuk membuat pilihan pada vaksin yang mereka akan terima melalui sistem MySejahtera yang akan ditambah baik tak lama nanti”.

Setakat ini, Malaysia hanya mengguna pakai tiga vaksin daripada tiga pengeluar yang telah dipersetujui oleh pihak berkuasa kesihatan Malaysia, iaitu Pfizer, Sinovac dan AstraZeneca.

Beliau juga memberitahu pihak media bahawa kerajaan juga telah membuat keputusan untuk memasukkan semula vaksin AstraZeneca dalam senarai PICK dan tidak lagi melalui kaedah suka rela.

“Keputusan itu dibuat kerana vaksin AstraZeneca telah mendapat kepercayaan dan penerimaan orang ramai” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKenyataan Media

PERATURAN MENETAPKAN TARIKH HARI RAYA PUASA

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Malaysia telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut :-...

BM @ MY LNAKenyataan MediaPolitik @ My LNAUTAMA

Rakyat Menuntut #Reformasi100Peratus Sekarang, Kerajaan Jangan Berdalih Lagi – BERSIH

Oleh : Jawatankuasa Pemandu Bersih Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

Adam Michael Nettina Photo: Department of Justice
Kenyataan Media

Deranged right-winger threatened to slaughter LGBTQ+ activists. He’s going away for a long time.

You need to be logged in to view this content. Please Log...

Kenyataan Media

Bill O’Reilly is outraged that the book ban law he supports caused his own books to be banned

You need to be logged in to view this content. Please Log...