PUTRAJAYA 24 Mei 2021 – Kementerian Perpaduan Negara (KPN) memaklumkan bahawa Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Pengurusan Covid-19 Bilangan 32 Tahun 2021 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 21 Mei 2021 telah meluluskan Prosedur Operasi Standard (SOP) Sambutan Hari Wesak pada 26 Mei 2021 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Kata KPN di dalam satu kenyataan yang diedarkan semalam, antara syarat-syarat nyata dalam SOP tersebut adalah jumlah kehadiran di rumah ibadat selain Islam dibenarkan hanya melibatkan Ketua Agama (Sami) dan 10 orang AJK sahaja dan tidak melibatkan kehadiran penganut.
“Bagi waktu operasi rumah ibadat hanya dibenarkan satu (1) sesi sahaja antara jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang.
Perarakan Kenderaan Berhias Buddha adalah tidak dibenarkan dan aktiviti rentas negeri / daerah adalah tidak dibenarkan” kata KPN.
Tambah KPN, pegawai pegawai Perpaduan yang telah dilantik sebagai Pegawai Pemantau di bawah Seksyen 3 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 3 42 akan melakukan pemantauan pematuhan SOP yang telah ditetapkan.
Dalam pada itu, Menteri Perpaduan Negara merakamkan ucapan Selamat Hari Wesak kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Buddha dan menyeru agar penganut penganut agama Buddha di Malaysia untuk menyambu t Hari Wesak dalam norma baharu dengan memastikan pematuhan kepada SOP yang ditetapkan. Rakyat Malaysia diingatkan untuk sentiasa menjaga kebersihan diri memakai pelitup muka dan memastikan penjarakan fizikal dalam usaha kita memutuskan rantaian COVID 19 di Malaysia.
- Fernwayer Launches Marketplace for Curated High-End Travel Experiences
- Mount Sinai Opens the Hamilton and Amabel James Center for Artificial Intelligence and Human Health to Transform Health Care by Spearheading the AI Revolution
- Bahamas Ministry of Tourism Hosts Event in Chicago Celebrating New Direct Flights from the Windy City to The Bahamas
- At the Yacht Club de Monaco the Navicap Challenge – Trophée Elena Sivoldaeva
- Clearwave Fiber To Host Ribbon Cutting and “Jingle & Mingle” Holiday Celebration in Gardner, KS
Leave a comment