Ekonomi @ My LNA

PKP 3.0 : PKS dan Perusahaan Mikro harus bersedia beroperasi di bawah SOP yang lebih ketat

157

KUCHING 22 Mei 2021 – Pemilik Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan perusahaan mikro diseru untuk bersedia menjalankan operasi perniagaan masing-masing di bawah SOP yang lebih ketat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang dilaksanakan oleh Kerajaan ketika ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) , Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaaffar berkata sepatutnya para pemilik sudah membuat persiapan dan persediaan bagi memastikan operasi perniagaan mereka mematuhi SOP yang ditetapkan. Ini termasuk memastikan premis perniagaan mereka dilengkapi dengan QR Code, penyukat suhu, hand sanitizers dan juga memastikan para pelanggan yang memasuki premis mematuhi SOP.

Ahli Parlimen Santubong itu juga berharap para pemilik PKS dan perniagaan mikro sudah menerokai perniagaan atas talian bagi menerokai pasaran digital di mana ia menjadi tumpuan para pelanggan sekarang akibat pelaksanaan PKP.

“Kita telah berada di dalam situasi ini selama hampir dua tahun dan sepatutnya para pemilik perniagaan telah mengambil langkah-langkah yang perlu bagi memastikan perniagaan mereka boleh beroperasi di era pandemik COVID-19 ini.” katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan berbentuk makanan bernilai lebih RM20,00 kepada 150 keluarga dari Kampung Bako Hilir yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Beliau berharap sumbangan tersebut yang merupakan inisiatif UDA Holding Berhad dapat membantu meringankan beban mereka di masa yang mencabar ini.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Belanjawan 2025 : KPDN mulakan siri dialog bersama pemain industri peruncitan

KUALA LUMPUR 16 Julai 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

LPNM & UMPSA tandatangan MOU, jalin kerjasama strategik untuk industri nanas

PAHANG – Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) telah menandatangani satu Memorandum Persefahaman...

Biz @ My LNABM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

Peruntukan RM2.5 Juta kepada Angkasa Biayai Program Pembangunan dan Pendidikan

PUTRAJAYA, 16 Julai 2024 – Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan dana sejumlah...