PUTRAJAYA 25 Mei 2021 – Menteri Kanan Keselamatan Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada hari ini mengumumkan beberapa sekatan tambahan yang merupakan penambahan SOP kepada PKP 3.0 yang akan berkuat kuasa pada 25 Mei 2021. Katanya tujuan utama sekatan-sekatan tersebut adalah bagi mengawal pergerakan bagi mengelak penularan wabak COVID-19.
Jelas Ismail Sabri, sebanyak 80 peratus daripada jumlah kakitangan perkhidmatan awam akan bekerja dari rumah. Peratusan ini melibatkan jumlah seramai 750,000 kakitangan.
Sementara bagi sektor swasta, peratus jumlah yang akan bekerja dari rumah adalah 40 peratus yang libatkan kira-kira lebih enam juta orang.
Bagi pengangkutan awam, kapasiti penumpang akan dikurangkan kepada 50 peratus dan kekerapan masa perjalanan akan turut dikurangkan.
Manakala masa operasi perniagaan akan dipendekkan iaitu dari jam 8 pagi hingga 8 malam. Antaranya kedai makanan haiwan, kedai dobi, dobi layan diri, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai gunting rambut dan salun.
Butiran lanjut akan dikemas kinikan oleh kementerian-kementerian yang terbabit.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Leave a comment