GOMBAK 21 Mei 2021 – Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk mengemukakan pelan jangka panjang secara menyeluruh bagi memartabatkan hak rakyat Palestin.
Presiden ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata walaupun gencatan senjata dimuktamadkan antara Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (HAMAS) dan Rejim Israel untuk menamatkan peperangan di wilayah Gaza namun pencerobohan dan pengusiran rakyat Palestin dari kampung halaman mereka di Sheikh Al-Jarrah oleh Israel wajib dihentikan.
“ABIM menggesa Majlis Keselamatan PBB di bawah mandat Perkara 41 Piagam PBB untuk meluluskan operasi keamanan ke Palestin untuk menjaga serta memberi jaminan keselamatan kepada penduduk awam di negara tersebut”.
Dalam kenyataan media hari ini, ABIM turut berpandangan agar PBB serta OIC menubuhkan misi tentera pengaman khusus di Palestin serta wilayah bergolak disekitarnya dan mandat tentera pengaman ini tidak dihadkan pada tempoh tertentu.
“Keganasan yang sentiasa berulang sejak beberapa dekad lalu adalah justifikasi penting untuk badan antarabangsa segera bertindak untuk menangani sebarang kemungkinan”.
Tambah beliau, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) perlu kekal konsisten dan mempercepat proses pendakwaan ke atas Israel bagi kesalahan Rejim Israel tersebut mencabuli Resolusi 2334 Majlis Keselamatan PBB.
Resolusi tersebut telah mengesahkan bahawa pendudukan haram Israel di wilayah Palestin serta Jerusalem Timur (Baitul Maqdis) adalah tidak sah dan tindakan Israel ini dianggap sebagai pelanggaran yang ketara terhadap undang-undang antarabangsa.
“ABIM juga merakamkan penghargaan kepada rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa di atas sokongan yang diberikan kepada rakyat Palestin sejak sekian lama” katanya.
- Mactores Cognition Inc. Achieves AWS Generative AI Competency
- 2024 Beijing Forum on Swift Response to Public Complaints opens
- The New Way Restaurants Are Becoming Successful: Orange County Entrepreneur Introduces The 30% Rule
- LGI Homes Opens Raleigh-Area Community with New Plan Lineup
- Vietnam boosts eel exports by improving quality standards
Leave a comment