Sains, Teknologi & Komunikasi @ My LNA

Kelonggaran Kepada Syarikat Telekomunikasi Bagi Kumpulan Wang PPS : Saifuddin

74
Economic crisis, Businessman using mobile smartphone analyzing sales data and economic graph chart that is falling due to the corona virus crisis, Covid-19, stock market crash caused.

21 Mei 2021 – Kerajaan menerusi Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bersetuju memberi kelonggaran kepada syarikat penyedia khidmat telekomunikasi dan multimedia terhadap sumbangan yang wajib dibuat kepada Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Kumpulan Wang PPS).

Menterinya, Dato’ Saifuddin Abdullah berkata kelonggaran tersebut diberikan kepada syarikat yang telah memohon untuk menangguhkan atau membuat bayaran secara ansuran terhadap Kumpulan Wang PPS.

“Syarikat yang terlibat merupakan pemegang lesen di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) serta menjalankan aktiviti pembekal kemudahan rangkaian, pembekal perkhidmatan rangkaian dan pembekal perkhidmatan aplikasi”.

Jelas beliau, sebanyak 34 syarikat telah memohon kelonggaran membayar sumbangan berkenaan akibat terkesan dengan pandemik COVID-19.

“Kelonggaran yang diberikan kepada syarikat ini melibatkan jumlah sumbangan sebanyak RM910.4 juta bagi tempoh Januari 2020 hingga April 2021” jelas beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Kumpulan Wang PPS ditubuhkan di bawah Seksyen 204 AKM 1998 dan dikendalikan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menyediakan perkhidmatan telekomunikasi dan digital ke kawasan yang kurang mendapat capaian telekomunikasi bagi merapatkan jurang digital dalam kalangan masyarakat.

“Kumpulan Wang PPS mengumpul sumbangan wajib sebanyak enam peratus (6%) daripada syarikat perkhidmatan telekomunikasi yang mencatat keuntungan bersih melebihi RM2 juta pada tahun kewangan yang dinilai”.

“Kerajaan berharap kelonggaran ini dapat membantu syarikat yang terkesan menyelaras semula operasi dan perniagaan mereka untuk terus menyumbang kepada pembangunan sektor telekomunikasi di negara ini” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member