Home z10 RM 17.8 Juta Bantuan Terkumpul Bagi Misi Bantuan Palestin – MyAqsa Defenders
z10

RM 17.8 Juta Bantuan Terkumpul Bagi Misi Bantuan Palestin – MyAqsa Defenders

19 Mei 2021 – Sejumlah RM 17.8 juta dana berjaya dikumpul oleh MyAqsa Defenders (MAD) hasil sumbangan NGO Gabungan dan masyarakat awam Malaysia bagi misi bantuan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Zionis Isreal.

Menurut satu kenyataan media daripada Sekretariat MAD, dana yang terkumpul sehingga 18 Mei 2021 berjumlah RM 17,878,518.37 tersebut akan diagihkan secara berperingkat iaitu bermula denga Fasa Satu.

“Pada fasa pertama ini, sumbangan akan disalurkan kepada klinik Malaysia Al-Aqsa, khidmat guaman di Sheikh Jarrah, kafalah keluarga miskin di Baitulmaqdis dan Bantuan Kecemasan Gaza.

Pihak MAD turut komited dengan agenda urus tadbir baik, ketelusan, dan akauntabiliti dalam melaksanakan program dan projek kemanusiaan dan kebajikan di Palestin serta di Malaysia.

Gabungan itu juga mengadaptasi kerangka semak dan imbang dalam ekosistem pengurusan dan pentadbiran MAD antaranya, mewujudkan beberapa lapisan pentadbiran bagi menghindari sebarang konflik berkepentingan seperti lapisan pengasas bersama gabungan, majlis tertinggi gabungan, jawatankuasa pemantauan, penilaian, kesesuaian dan pembelajaran (MEAL) dan sekretariat gabungan.

MAD juga mewujudkan jawatankuasa MEAL sebagai entiti semak dan imbang yang dianggotai oleh tiga perwakilan dari ahli MAD, satu perwakilan dari ahli majlis tertinggi MAD dan satu perwakilan dari Sekretariat MAD serta mewujudkan garis panduan kerangka urus tadbir baik, ketelusan dan akauntabiliti yang menjadi dokumen panduan pentadbiran, pengurusan dan kewangan gabungan.

Selain itu, MAD turut mewujudkan pelan perancangan strategik sehingga tahun 2030 yang akan menjadi kayu ukur impak sosial kepada masyarakat penerima manfaat di Palestin.

“Menerusi kerangka urus tadbir itu juga, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan membabitkan pihak berkecuali yang terdiri daripada peguam, pegawai tadbir bertauliah, akauntan bertauliah, konsultan sektor pembangunan dan kemanusiaan serta perunding anti-pengubahan wang haram, pembiayaan keganasan (AML/CFT) bagi memantau dan menasihati pihak pengurusan dan pentadbiran dalam urusan MAD” katanya.

Antara NGO yang terbabit dalam MAD adalah Cinta Gaza Malaysia (CGM), Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Malaysia for Syria, Iman Care, One Nation, Al Azhar Care, Pertubuhan Kebajikan Dana Kita, Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Serantau Muslim serta Cinta Syria Malaysia (CSM).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

KHASPolitikPRU15z10

MAHDZIR Yakin Dapat Pertahan Kerusi Parlimen Padang Terap

KUALA NERANG, 5 November 2022 – Penyandang kerusi Parlimen Padang Terap, Datuk...

PolitikPRU15z10

Tan Sri Rozali Ismail dan GWGF beri sokongan penuh kepada Barisan Nasional

SHAH ALAM, 4 November 2022 – Presiden, Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF)...

KHASPolitikPRU15z10

Mahdzir Seru Ahli Umno Di Semua Peringkat Rapatkan Saf Hadapi PRU15

KUALA NERANG, 3 November 2022 – Kepimpinan UMNO di semua peringkat termasuk...

AMKHASz10

Pemodenan aset ketenteraan adalah keperluan kukuhkan keselamatan di perairan Laut China Selatan

BEAUFORT, 28 Oktober 2022 – Malaysia perlu meningkatkan keupayaan pertahanan dengan pemodenan...