Sidang Media berhubung sumbangan bekalan vaksin kepada negeri Pulau Pinang telah diadakan oleh Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin pada hari ini.
Surat tawaran sumbangan pembelian vaksin COVID-19 untuk kerajaan negeri Pulau Pinang ditulis oleh Yong Chee Kong dari Kota Kinabalu, Sabah.
Menurut Khairy setelah diperiksa, tiada apa-apa bukti permohonan diterima oleh Sinovac China dari syarikat Xintai Development Enterprise Ltd. Ms Coco Chang dari Sinovac China sahkan beliau tidak mengurus jualan bagi Sinovac Biotech Ltd untuk pasaran Asia . Coco Chang juga nafikan pernah dihubungi oleh Yong Chee Kong.
Setelah diperiksa menerusi carian syarikat, Syarikat Xintai Development Enterprise Ltd tidak wujud.
Leave a comment