12 Mei 2021 – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana tidak patuh SOP semasa menghadiri satu program di Langkawi baru-baru ini.
Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, pada 8 Mei 2021, beliau ke Langkawi untuk memenuhi beberapa program sampaikan sumbangan bulan Ramadhan serta Aidilfitri di kawasan Parlimen tersebut.
“Antaranya sumbangan raya kepada penduduk di Surau Tsunami Batu Arang, Kuala Teriang, Kuah.
Saya dimaklumkan pada acara tersebut, saya telah melanggar SOP dengan tidak mengambil suhu badan apabila masuk ke surau tersebut.
Ini merupakan satu kesalahan. Perkara ini tidak harus berlaku. Saya minta maaf kerana tidak patuh SOP.” kata beliau di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.
Tambah negarawan itu, beliau bersedia untuk menerima tindakan undang-undang.
“COVID-19 adalah wabak yang serius dan penyakit ini tidak mengenali sesiapa mahupun sempadan kawasan. SOP harus dipatuhi tidak kira oleh sesiapa kerana ini dapat bantu bendung merebaknya penyakit ini. Kita tidak harus ambil ringan.
Sekali lagi saya minta maaf kerana melanggar peraturan ini.” ujarnya.
- Design District Hong Kong (#ddHK) Creative Tourism Project “Creative Journey · Infinite Discovery” officially starts
- Striking a balanced look on our universities’ rankings
- From rules to respect
- Gold Roses & Silver Roses, The Hand-Dipped Gifts That Keeps Giving All Year Long
- Tim Hortons® Premium Signature Store at Sunway Pyramid drops Unique Brews and Coffee Crafting Magic
Leave a comment