11 Mei 2021 – Ahli MPT BERSATU Malaysia merangkap Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Hajah Zuraida Kamaruddin membidas kenyataan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong yang mengajar UMNO agar tidak menjadi “abang besar” dalam koalisi sama ada sebagai kerajaan atau pembangkang.
Menurut Zuraida di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Liew Chin Tong turut berkata bahawa tiada parti yang wajar menjadi dominan dan politik Malaysia akan lebih stabil sekiranya semua parti “co-exist” samaada dalam pembangkang atau kerajaan.
“Saya berpandangan bahawa DAP perlu mencerminkan diri mereka. Pengalaman bersama mereka dalam mentadbir kerajaan PH selama 22 bulan lalu telah menampakkan belang sebenar DAP sendiri yang cuba menjadi dominan dalam masyarakat Cina di Malaysia.
Bermula dari pemilihan kerusi pilihanraya yang bersifat mengikut kaum, DAP kuat menggasak kerajaan dan parti komponen lain untuk mengikut telunjuk mereka khususnya dalam hal ehwal masyarakat dan komuniti Cina.
Ini terbukti antaranya dengan keputusan menyalurkan peruntukan dana khas kepada sebuah kolej persendirian ,terus daripada Kementerian Kewangan pada waktu itu dan tidak melalui Kementerian Pendidikan. DAP dengan cara ini cuba mengukuh cengkaman terhadap komuniti Cina. Setiap percakapan dan perbuatan mereka dinisbahkan dan disandarkan kepada kaum Cina sedangkan mereka bukanlah satu-satunya pihak yang mewakili kaum tersebut.” dedah Zuraida.
Soal beliau, adakah DAP tidak bertindak sebagai “abang besar” kepada komuniti Cina dalam negara ini dengan tindak tanduk sedemikian.
“Tindakan dan kenyataan mereka jelas membuktikan bahawa mereka sememangnya mahu masyarakat Cina di Malaysia berada di bawah telunjuk DAP. Ini adalah perkara yang tidak sihat untuk Malaysia.
Malaysia yang makmur adalah negara yang dikelola oleh pemimpin bersifat prihatin kepada seluruh warga tanpa batasan dan pengasingan kaum. Tiada lagi “abang besar” yang berhak mendakwa mereka mutlak mewakili kaum tertentu. Wajah baru politik Malaysia wajar memperlihatkan keharmonian sebenar, bukan retorika didalam penulisan atau ucapan. Semua pemimpin adalah pemimpin untuk semua bangsa.” ujar Zuraida.
- Measure up to yourself
- MET Targeting Therapies Market Set for Significant Growth by 2034: Key Trends and Insights | DelveInsight
- Grow With Us Learning Academy Collects Donations for Local Food Drives Across Florida
- AGR Technology Celebrates Four Years of Digital Innovation and Comprehensive Solutions in Australia
- The UK Fast Growth Index Reveals The 200 Fastest Growing Firms in the UK
Leave a comment