PUTRAJAYA 6 Mei 2021 – Program Bazar Jualan Murah Raya Sempena Aidilfitri 1442 H / 2021 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) diadakan untuk membantu rakyat mendapatkan barangan asas dengan harga yang berpatutan untuk persediaan menyambut Aidilfitri. Program tersebut yang sedang berlangsung selama empat hari mulai 6 hingga 9 Mei 2021 yang bertempat di Ruang Legar, Auditorium Cempakasari, Presint 2, Putrajaya juga melibatkan pihak ANGKASA dan CoopPertama Bank (CBP).
Menurut MEDAC melalui satu siaran media yang diedarkan hari ini, ia juga diadakan bagi memperluaskan pemasaran produk dan perkhidmatan koperasi dan usahawan selain memupuk budaya dan nilai-nilai keusahawanan dalam masyarakat untuk memenuhi hasrat menjadikan Malaysia sebagai negara keusahawanan menjelang 2030.
“Sejumlah 56 para usahawan, koperasi, pengusaha food truck serta penjaja dan peniaga kecil mengambil bahagian dalam program bazar jualan murah raya MEDAC pada kali ini.
Uniknya, Bazar Jualan Murah Raya MEDAC pada tahun ini diadakan secara hibrid di mana pembeli mempunyai pilihan sama ada datang sendiri ke bazar atau melayari platform e-commerce Warungku atau JimatBiz bagi membeli barangan jualan. Barangan yang dibeli secara online akan dihantar sehingga ke pintu rumah oleh petugas-petugas Warung Rider. Bagi menarik lebih ramai pembelian barangan secara online, caj penghantaran adalah percuma bagi 1000 pelanggan pertama. Jualan Happy Hour juga akan diadakan sebanyak 3 kali sehari untuk tempoh empat (4) hari di sepanjang program ini berlangsung.” kata MEDAC.
Tambah MEDAC, pihaknya amat prihatin dengan kesukaran yang dihadapi dan sentiasa komited untuk terus membantu menggerakkan aktiviti ekonomi. MEDAC juga yakin “spillover effect” antara penjual dan pembeli akan menyumbang kepada pengukuhan ekosistem penjanaan ekonomi negara.
“MEDAC berharap dengan penganjuran program seperti ini dapat membantu dan memperkasa peranan usahawan dan koperasi dalam menangani kos sara hidup akibat penularan pandemik Covid-19 di mana tahap kenyakinan usahawan dan koperasi terhadap pemulihan ekonomi masih perlu ditingkatkan.
Program ini menyasarkan komuniti di Putrajaya memandangkan rentas negeri dan daerah masih tidak dibenarkan. Barangan keperluan asas yang dijual adalah termasuk tepung, beras, gula, minyak masak, dan pelbagai barangan keperluan lain pada harga patut.” ujar MEDAC.
- Living together across generations: A personal story
- New Toll Brothers Move-in Ready Homes Available in Freestone Station Community in Marietta, Georgia
- Axiom Brain Health and Global Alzheimer’s Platform Foundation Celebrate the Next Chapter in Innovative Research in Tampa
- NEO Battery Materials to Establish Canada’s First Silicon Anode Facility on 8 Acres in Windsor, Ontario
- KPMG: Slower than expected interest rate cuts to support bank margins in 2025
Leave a comment