6 Mei 2021 – Malaysia komited dalam pematuhan obligasi antarabangsa terhadap kawalan pelepasan radionuklid ke alam sekitar daripada sesuatu pepasangan nuklear.
Dalam kenyataan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) hari ini menyebut, sesebuah pepasangan nuklear akan melepaskan sebahagian radionuklid termasuklah tritium ke alam sekitar termasuk sungai, laut dan udara dalam keadaan operasi normal.
“Sebarang pelepasan yang dilakukan perlulah mengikut standard antarabangsa dan syarat-syarat yang ditentukan oleh pihak berkuasa sesebuah negara” katanya.
Ini adalah susulan terhadap maklum balas terhadap laporan akhbar Bernama yang bertajuk “Buang air terawat loji nuklear ke dalam laut, Malaysia perlu bersuara” yang bertarikh 2 Mei 2021.
Selain itu, Malaysia juga telah menetapkan satu nilai kekangan dos supaya dos berkesan yang akan diterima orang awam kesan daripada pelepasan radionuklid ke alam sekitar tidak melebihi 1 mili Sievert setahun (mSv/tahun) selaras dengan praktis yang diguna pakai di peringkat antarabangsa.
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menyatakan cadangan Advanced Liquid Processing System (ALPS) Subcommittee adalah berasaskan satu analisa menyeluruh yang mencukupi berdasarkan kepada asas teknikal dan saintifik yang menyakinkan.
“Ini adalah merujuk kepada cadangan Kerajaan Jepun menerusi laporan bertajuk “IAEA Follow-up Review of Progress Made on Management of ALPS Treated Water and the Report of the Subcommittee on Handling of ALPS treated water at TEPCO’s Fukushima Daiichi Nuclear Power Station” katanya.
AELB selaku badan kawalselia tenaga atom negara akan sentiasa mematuhi standard yang disarankan oleh IAEA disamping memantau perkara ini dari semasa ke semasa melalui permonitoran radiologi dan alam sekitar secara berterusan.
- Hollywood’s Style Icon Zendaya Makes Her Stunning Wax Debut at Madame Tussauds Singapore
- GangaGen Secures additional US$7.9 Million from CARB-X for Pre-clinical Development of Novel Klebicins Targeting Nosocomial Pneumonia caused by Multidrug-resistant Klebsiella pneumoniae
- Star-Studded Christmas Music Gala Lights Up the Stage
- Graphisoft Strengthens Presence in Southeast Asia Amid BIM Demand Surge
- Leading the Way: Singapore’s Exceptional Achievements at the ACES Awards 2024
Leave a comment