6 Mei 2021 – Sebanyak 191 buah Pusat Komuniti Desa (PKD) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) di seluruh negara akan diaktifkan sebagai Pusat Daftar Vaksin Luar Bandar bermula 20 Mei 2021.
Menurut KPLB, keputusan itu dibuat untuk memastikan masyarakat luar bandar tidak ketinggalan dalam mendaftar sebagai penerima vaksin.
“PKD akan menjadi barisan hadapan (frontliner) KPLB dalam membantu melancarkan pendaftaran secara dalam talian menggunakan portal www.vaksincovid.gov.my dengan mematuhi Prosedur Standard Operasi (SOP) yang digunakan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV)”.
Jelasnya lagi, KPLB akan turut membantu agensi kerajaan yang lain dalam meningkatkan promosi dan publisiti serta menerangkan mengenai keperluan pengambilan vaksin kepada masyarakat luar bandar menerusi agensi seperti KEMAS, JAKOA, RISDA, FELCRA BERHAD, MARA dan lain-lain.
Sasaran KPLB bagi inisiatif kali ini adalah meningkatkan sebanyak 20 % – 30% jumlah pendaftaran vaksin sedia ada serta mempercepatkan lagi proses imunisasi Covid-19 terutama masyarakat luar bandar.
“Masyarakat luar bandar juga diseru untuk senantiasa menjaga SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta menjadikan amalan kebersihan kendiri sebagai langkah dalam memastikan rantaian Covid-19 dapat diputuskan” katanya.
- In celebration of the 75th anniversary of the founding of the People’s Republic of China, Sun Hung Kai Properties’ New Town Plaza 40th anniversary celebration ceremony
- Hong Kong Accident Lawyers Launches Comprehensive “Hong Kong Traffic Black Spots Database” to Enhance Road Safety for Drivers and the Public
- Chancay to Shanghai — Alpacas on the Move
- Only 2 hours from Tokyo! Come meet the Niigata Limited Edition Hello Kitty! The Hello Kitty × Hello Niigata Campaign has Begun!
- 2024 China Huangshan Book Fair Opens in Hefei, Marking Several “Firsts”
Leave a comment