AMSeni & Budaya @ My LNA

Bantahan Pemegang Amanah Sekolah Gagalkan Usaha SMK Convent Bukit Nenas Menjadi Tapak Warisan

191

22 April 2021 – Berikutan bantahan yang diterima melalui firma guaman kepada Pesuruhjaya Warisan yang dibuat oleh pemegang amanah sekolah, usaha Jabatan Warisan Negara (JWN) untuk mewartakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas sebagai tapak warisan sejak 2008 tidak dapat diteruskan jelas Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato’ Sri Nancy Shukri.

Beliau berkata jabatan itu telah memulakan proses pengumpulan maklumat dan dokumen berkaitan bagi tujuan pewartaan sekolah tersebut di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) pada Mei 2008, setelah mengambil kira justifikasi sejarah, seni bina dan signifikan sekolah berkenaan.

“Pada 21 Julai 2011, setelah Pesuruhjaya Warisan telah memperhalusi dan mempertimbangkannya maka Pesuruhjaya Warisan memutuskan untuk tidak meneruskan penetapan sekolah tersebut sebagai tapak warisan di bawah Akta 645,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan yang dibangkitkan orang ramai berhubung ketiadaan usaha kerajaan untuk mewartakan SMK Covent Bukit Nanas sebagai tapak warisan di bawah Akta 645, mengambil kira kepentingan sumbangan sekolah itu kepada pendidikan negara sejak 1899.

Mengulas lanjut, Nancy berkata kementeriannya mengalu-alukan pemegang amanah menimbang dan mencalonkan SMK Convent Bukit Nanas untuk diwartakan sebagai tapak warisan bagi tujuan memulihara, memelihara dan melindungi warisannya.

Semalam satu kenyataan rasmi daripada Pejabat Perdana Menteri juga menyatakan kesediaan untuk mempertimbang permohonan Lembaga Pengelola Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent Bukit Nanas untuk menyambung tempoh pegangan pajakan tanah tapak sekolah itu yang tamat pada 6 September ini.

Kerajaan bersetuju supaya tempoh pegangan pajakan bagi SMK Convent Bukit Nanas yang terletak di Seksyen 49, Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur dilanjutkan untuk tempoh 60 tahun dan kebenaran itu hanya diberikan khusus untuk tujuan pendidikan sahaja.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...