COVID-19 @ My LNA

Kadar Keberkesanan Yang Tinggi, Warga Emas Akan Terima Vaksin Sinovac

142

12 April 2021 – Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin hari ini mengatakan bahawa vaksin Sinovac Covid-19 buatan China akan digunakan bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas pada Tahap 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang dijadualkan bermula pada 19 April.

Khairy mengatakan bahawa Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) telah mengkaji data mengenai vaksin Sinovac dan hasil kajian telah menunjukkan bahawa vaksin tersebut mempunyai kadar keberkesanan yang tinggi terhadap kes COVID-19 yang teruk dan sederhana.

“Jawatankuasa ini telah mengkaji data dan kami telah memutuskan untuk menggunakan Sinovac bagi warga emas. Berdasarkan percubaan Brazil, keberkesanan sekunder terhadap kes COVID-19 yang sederhana dan berat untuk vaksin Sinovac adalah 83.7 peratus untuk kes sederhana dan 100 peratus untuk kes yang teruk, ” katanya semasa sidang media bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba siang tadi.

Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan secara besar-besaran akan memberi keutamaan kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas, orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang menghidapi penyakit kronik.

Khairy berkata, 80 peratus kematian COVID-19 di negara ini adalah mereka yang berumur 60 tahun keatas dan vaksin Sinovac serta vaksin lain akan membantu memberi perlindungan kepada kumpulan sasaran ini.

Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa bekalan vaksin dijangka akan pulih sepenuhnya pada Jun ini selepas Malaysia turut menerima kesan masalah rantaian bekalan di peringkat antarabangsa.

“Masalah rantaian bekalan vaksin ini berlaku berikutan tindakan negara maju yang membeli vaksin dengan jumlah yang banyak sehingga lima kali ganda”.

“Sikap tamak negara maju ini menjadikan negara membangun seperti Malaysia menghadapi masalah dari segi bekalan vaksin ketika ini.

“Jadual penghantaran vaksin perlahan menjadi punca kadar penerimaan imunisasi masih rendah, kita dijadualkan menerima bekalan yang banyak bermula Jun ini” ujar beliau lagi.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

COVID-19 : Jumlah penerima dos penggalak masih rendah

27 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...

AMCOVID-19 @ My LNAKesihatan @ My LNA

Jumlah penerima dos penggalak pertama capai kadar 50% penduduk

25 FEBRUARI 2023 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKMNOW...