KUALA LUMPUR 30 MAC 2021 – Kementerian Kerja Raya (KKR) telah memperuntukan sebanyak RM 200 juta kepada 563 kontraktor kecil G1 hingga G4, di seluruh negara melalui Program Pembangunan Kontraktor Penyenggaraan (PPKP) 2021.
Menterinya, Dato’ Sri Fadillah Yusof berkata, sejumlah RM100 juta peruntukan adalah bagi 336 kontraktor kecil di Semenanjung dan RM100 juta bagi 227 kontraktor kecil di Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.
“Program ini akan menjadi intervensi strategik antara Kerajaan dan syarikat konsesi penyenggaraan bagi memberi ruang dan peluang kepada kontraktor kecil bergiat aktif dalam penyenggaraan Jalan Persekutuan disamping membantu kontraktor – kontraktor kecil menjana pendapatan dalam situasi ekonomi negara yang mencabar” jelas beliau.
Menerusi empat konsesi penyenggaraan Jalan Persekutuan di Semenanjung, seramai 215 kontraktor G1; 31 kontraktor G2; 70 kontraktor G3 dan 20 kontraktor G4 akan mendapat manfaat.
Bagi Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, menerusi dua konsesi penyenggaraan Jalan Persekutuan, seramai 122 kontraktor G1; 29 kontraktor G2; 50 kontraktor G3 dan 26 kontraktor G4 akan mendapat manfaat.
Fadillah turut menjelaskan Jawatankuasa Bebas dianggotai oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), wakil Kerajaan dan wakil Konsesi akan melakukan penilaian bagi proses pemilihan berdasarkan kepada kategori pendaftaran CIDB, keupayaan, kerja sedia ada, lokaliti dan skor bintang oleh CIDB.
“Terdapat dua jenis kerja di bawah konsesi penyenggaraan iaitu kerja berkala pavemen sebanyak 70% yang terdiri daripada kerja premix overlaying, premix mill & pave dan re-construction works serta kerja berkala bukan pavemen pula, sebanyak 30% diperuntukkan untuk kerja memasang perabot jalan, membaiki longkang dan kerja – kerja lain yang berkaitan”.
“KKR berharap agar kontraktor mampu berdaya maju dengan bimbingan daripada syarikat konsesi dan JKR sepanjang program ini disamping memastikan kerja-kerja penyenggaraan dapat dilaksanakan dengan berkualiti” ujar beliau lagi dalam Majlis Pelancaran PPKP di ibu negara hari ini.
- In celebration of the 75th anniversary of the founding of the People’s Republic of China, Sun Hung Kai Properties’ New Town Plaza 40th anniversary celebration ceremony
- Hong Kong Accident Lawyers Launches Comprehensive “Hong Kong Traffic Black Spots Database” to Enhance Road Safety for Drivers and the Public
- Chancay to Shanghai — Alpacas on the Move
- Only 2 hours from Tokyo! Come meet the Niigata Limited Edition Hello Kitty! The Hello Kitty × Hello Niigata Campaign has Begun!
- 2024 China Huangshan Book Fair Opens in Hefei, Marking Several “Firsts”
Leave a comment