AMKenyataan MediaPolitik @ My LNA

UTAMAKAN KEPENTINGAN PARTI, PERKUKUHKAN PERPADUAN DAN FOKUSKAN BINA KEKUATAN

212
Brown recycled paper crumpled texture background. Cream Old vintage page or grunge vignette parchment old blank newspaper. Pattern empty rough cardboard creased grunge surface backdrop with space.

Di antara faktor utama yang menentu kepada kekuatan parti adalah kesetiaan pemimpin dan ahli kepada parti. Bila kita setia kepada parti, pasti apa juga keputusan dan pendirian yang hendak kita lakukan, parti akan menjadi keutamaan. Dan kerana itulah, ideologi serta prinsip perjuangan parti mesti difahami oleh kita semua. Ini sangat penting.

Sudah tentu bila parti didahulukan ia akan memudahkan apa juga yang ingin kita lakukan. Justeru jika ini menjadi pegangan semua UMNO akan kukuh, dan kuat.

Dalam pada itu perpaduan juga sangat penting. Maknanya jika parti diutamakan dan dalam waktu yang sama pimpinan dan ahli parti disemua peringkat bersatu padu, sudah pasti parti menjadi lebih kuat, hebat dan dipandang tinggi oleh rakan serta lawan.

Malah, ianya terbukti berasaskan sejarah UMNO. Bila parti diutamakan, perpaduan kukuh, UMNO berupaya lalui apa juga cabaran dengan mudah dan berjaya. Kerana itu, mari kita bersama untuk terus memperkukuhkan perpaduan UMNO di semua peringkat. Kita mesti seia senada, berbeza pandangan memang biasa namun sesekali jangan ianya merosakan parti yang kita sayangi ini.

Realitinya, cabaran di hadapan UMNO sangat besar. Kehadiran UMNO diarus politik negara penting. Kita jangan tewas atas kelemahan kita sendiri. Usahlah kita cipta kelemahan sebaliknya binalah kekuatan.

UMNO punyai kekuatan. Kekalkan kekuatan itu. Kerana itu, UMNO mesti bijaksana dalam membuat apa juga keputusan. Maka jika parti diutamakan, perpaduan diperkukuhkan dan kita fokus membela rakyat. Kita akan kuat dan rakyat akan sokong kita.

Namun kita tidak boleh bersendirian, kita mesti membinanya bersama rakan yang ikhlas, setia dan selari dengan ideologi dan prinsip perjuangan UMNO.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
 Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia



Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...