25 Februari 2021 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan bahawa buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah Tingkatan 4 telah mematuhi semua proses penerbitan bagi menjamin kualiti buku teks, termasuk ketepatan fakta.
Sambil merujuk kepada isu yang sedang tular berkaitan buku teks berkenaan, KPM memaklumkan bahawa penerbitan buku teks tersebut adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Sejarah Tingkatan 4 serta mengikut Prosedur Operasi Standard Penerbitan Buku Teks KPM yang dikemas kini pada tahun 2018.
“Pada 24 April 2018, DSKP KSSM Sejarah Tingkatan 4 telah diteliti, disemak dan diperakui sah oleh Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM. Mereka adalah pakar sejarah seramai tujuh (7) orang daripada pelbagai pengkhususan dan kaum. Kandungan DSKP KSSM Sejarah Tingkatan 4 adalah berpandukan Laporan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah KPM (2011-2012).
Pemilihan penulis buku teks pula adalah berdasarkan Tatacara Penerbitan Pakej Buku Teks Dewan Bahasa dan Pustaka dan mengikut kriteria khusus iaitu mempunyai latar belakang pendidikan sejarah serta berpengalaman menulis buku teks Sejarah.
Proses penerbitan buku teks KSSM Sejarah Tingkatan 4 telah melalui proses kawalan mutu yang ketat merangkumi pemetaan kandungan, penulisan manuskrip, penyediaan dan penyemakan pruf muka surat, naskhah sedia kamera, pemerakuan naskhah sedia kamera, naskhah contoh, apresiasi kulit buku teks dan kelulusan naskhah contoh bagi menyediakan naskhah edar. Proses ini melibatkan Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM, Jawatankuasa Peningkatan Mutu Buku Teks, Jawatankuasa Pembaca Luar dan Jawatankuasa Penilaian Teknikal 4 KPM.” jelas KPM melalui satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.
- Striking a balanced look on our universities’ rankings
- From rules to respect
- Gold Roses & Silver Roses, The Hand-Dipped Gifts That Keeps Giving All Year Long
- Tim Hortons® Premium Signature Store at Sunway Pyramid drops Unique Brews and Coffee Crafting Magic
- ZJLD’s “Zhenjiu World Tour — Light Chasers in Antarctica” Successfully Concluded
Tambah KPM, bagi mewasitkan fakta tertentu, KPM mendapatkan pengesahan fakta sejarah dan kandungan daripada agensi kerajaan yang terlibat seperti Arkib Negara, Muzium Negara, Persatuan Sejarah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Pada Rabu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Dato’ Dr Asyraf Wajdi Dusuki telah mengeluarkan kenyataan mendesak agar KPM segera menarik balik buku teks KSSM Sejarah Tingkatan 4 dan memperbetulkan kembali fakta-fakta yang pada dakwaan beliau cuba dimanipulasi bagi merubah sejarah negara.
Dakwa beliau terdapat unsur-unsur fakta yang dimanipulasikan dengan mengagung-agungkan pihak komunis sebagai pejuang kemerdekaan dalam silibus dan sukatan buku teks tersebut. Katanya lagi, Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terdahulu telah mengangkat dan menjulang anggota Komunis dan MPAJA sebagai perwira dan pejuang kemerdekaan yang wajar diberikan pengiktirafan.
Leave a comment