PUTRAJAYA 18 Februari 2021 – Tarikh dan masa sembahyang “Hokkien Clan” di Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) sempena Tahun Baru Cina dilanjutkan bermula jam 6.00 petang pada 19 Februari 2021 hingga 2.00 pagi pada 20 Februari 2021.
Menurut Kementerian Perpaduan Negara dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, ia dipersetujui oleh Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal YB Menteri Kanan Pertahanan Bil. 8 Tahun 2021 yang dipengerusikan YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob.
- Must-Have Holiday Gift: Exotic Snack Guys Mystery Box Takes Center Stage
- Daily Fit Notes Rolls Out Affordable Fitness Solutions for the Modern Lifestyle
- Motiv Electric Trucks Crosses 5 Million Mile Mark
- Bybit One-Click Buy Offers a Winning Chance in First-Time Deposits Lucky Draws
- Hummingbird Creative Group Honored for Creative Excellence and Impact in 2024
Kata Kementerian, perlanjutan tarikh dan masa tersebut adalah tertakluk kepada SOP berikut:-
a) Bilangan kehadiran penganut tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa;
b) Pengurusan RIBI perlu menjalankan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit sebelum dan selepas aktiviti keagamaan / sembahyang;
c) Penggunaan MySejahtera digunakan bagi tujuan rekod di kawasan yang mempunyai liputan internet yang luas.
d) Pengecualian imbasan kod MySejatera yang hadir ke RIBI diberikan kepada penganut yang berumur 60 tahun ke atas dan tidak mempunyai telefon pintar;
Justeru, Kementerian menasihati semua masyarakat “Hokkien Clan” yang akan melakukan upacara sembahyang di RIBI pada 19 dan 20 Februari 2021 di seluruh negara agar mematuhi SOP ini bagi memastikan tiada penularan wabak di kalangan penganut-penganut dan bersama-sama membudayakan norma baharu untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini.
Leave a comment