PUTRAJAYA 15 Februari 2021 – Dasar Perpaduan Negara telah dibangunkan buat pertama kalinya sebagai payung utama kepada agenda perpaduan negara yang berteraskan kepada perlembagaan persekutuan dan rukun negara. Lalu Rangka Tindakan Blueprint Perpaduan Negara 2021 hingga 2030 telah digubal bagi menyokong dasar tersebut.
Menurut Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique di dalam ucapan beliau di Majlis Pelancaran Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan Blueprint Perpaduan Negara 2021 hingga 2030 yang diadakan secara maya pada hari ini, ianya mengandungi aspirasi dan rangkaian strategi yang lebih terperinci bagi menterjemahkan agenda perpaduan negara.
“Tahun 2021 adalah tahun permulaan tindakan dan pelaksanaan kedua-dua dokumen tersebut. Untuk itu, Kementerian Perpaduan Negara sedang di peringkat memuktamadkan pelan tindakan perpaduan negara.
Pelan tindakan ini seterusnya menggaris dan memperincikan peranan semua pihak dalam menjayakan agenda perpaduan negara.” kata beliau.
- Yuexiu Transport recorded net profit of RMB 660 million with stable final dividend of 13 HK cents per share
- VinUniversity and NTU Singapore to establish a strategic, comprehensive and long-term alliance
- Henkel presents the next edition of the Martha Schwarzkopf Award for outstanding female scientists
- DHL Express Hong Kong becomes the Official Partner of Kai Tak Sports Park
- Make a Splash This Summer: Celebrate Water and Culture at Five Iconic Bangkok Destinations with ONESIAM

Majlis Pelancaran Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada hari ini. Proses pembangunan Dasar Perpaduan Negara tersebut melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi Kerajaan, pertubuhan bukan Kerajaan (NGO), ahli akademik, pakar perpaduan serta jentera perpaduan sehingga di peringkat akar umbi seperti Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Sekretariat Rukun Negara (SRN).
Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021-2030 pula disusun seiring Dasar Perpaduan Negara dan ianya memperjelaskan dengan lebih komprehensif strategi pelaksanaan serta sasaran yang hendak dicapai.
Dokumen dasar tersebut boleh diperolehi di laman web Kementerian Perpaduan Negara di https://www.perpaduan.gov.my/
Leave a comment