AMCOVID-19 @ My LNA

Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) dibenarkan beroperasi dari 12 Februari 2021 hingga 18 Februari 2021

182
hand of monk in Buddhist prayer process.

PUTRAJAYA 13 Februari 2021 – Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) dibenarkan beroperasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa 12 Februari 2021 hingga 18 Februari 2021. Keputusan ini dicapai di dalam Mesyuarat Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN): Pengurusan COVID-19 Bilangan 14 Tahun 2021 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.

Menurut Kementerian Perpaduan melalui satu kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, Kerajaan bersetuju pembukaan RIBI semasa PKP adalah tertakluk kepada SOP berikut:-

a) Bilangan kehadiran penganut tidak melebihi 30 orang pada satu-satu masa;
b) RIBI perlu menjalankan kerja-kerja sanitasi selama 30 minit sebelum dan selepas aktiviti keagamaan / sembahyang;
c) Penggunaan MySejahtera digunakan bagi tujuan rekod di kawasan yang mempunyai liputan internet yang luas. Pengecualian imbasan kod MySejatera yang hadir ke RIBI diberikan kepada penganut yang berumur 60 tahun ke atas dan tidak mempunyai telefon pintar;
d) Jadual waktu sembahyang/ aktiviti keagamaan di RIBI adalah seperti berikut:

BIL.RIBIJADUAL WAKTU SEMBAHYANG
1.Tokong Buddha, Tao, Wat
Siam dan Gereja
Masa bermula jam 6.00 pagi hingga 2.00 petang
2. Kuil HinduTerdapat 2 sesi :
• 6 pagi hingga 10 pagi
• 5 petang hingga 9 malam
3.GurdwaraMasa bermula jam 6.00 pagi hingga 9.00 pagi

Kementerian Perpaduan Negara turut menasihati semua penganut di seluruh negara agar mematuhi SOP ini yang tertakluk kepada kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang berkuatkuasa 12 Februari 2021 hingga 18 Februari 2021, bagi memastikan tiada penularan wabak di kalangan penganut-penganut dan bersama-sama membudayakan norma baharu untuk memutuskan rantaian COVID-19 ini.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...