3 Februari 2021 – Orang ramai boleh berkongsi pandangan dan maklum balas mengenai Proklamasi Darurat yang dilaksanakan oleh negara melalui saluran yang diujudkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).
Menurut KKMM maklum balas yang dikumpulkan akan dibawa oleh KKMM ke Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Darurat bagi tujuan menambah baik pelaksanaan darurat memerangi COVID-19.
Saluran yang diwujudkan adalah melalui Telegram Channel SALURAN MAKLUMAT DARURAT https://t.me/saluranmaklumatdarurat atau e-mel ke alamat maklumbalasdarurat@kkmm.gov.my.
“Saluran maklum balas yang dibuka kepada orang ramai ini merupakan antara langkah prihatin Kerajaan dalam mendengar dan mengambil kira suara rakyat dalam kita bersama-sama mengharungi situasi semasa dan usaha memutuskan rantaian COVID-19.” kata KKMM.
Proklamasi Darurat sedang dilaksanakan oleh negara bermula 11 Januari 2021 hingga 1 Ogos 2021. Ini menimbulkan pelbagai reaksi rakyat khususnya pengguna media sosial. Dengan adanya inisiatif KKMM ini, rakyat mempunyai pilihan untuk salurkan pandangan ke saluran yang rasmi dan terus kepada pihak Kerajaan.
Leave a comment