AMCOVID-19 @ My LNAPendidikan @ My LNA

KPM putuskan sesi persekolahan bersemuka hanya libatkan pelajar SPM, SVM, SKM, STPM, STAM dan DVM tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

365

16 Januari 2021 – Susulan kepada pengumuman Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkaitan jumlah kes jangkitan COVID-19 pada 16 Januari 2021 dan trend kes yang semakin meningkat kebelakangan ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengadakan perbincangan dengan KKM dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Berdasarkan perbincangan, KPM memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya akan melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021.” kata KPM melalui satu kenyataan media yang diedarkan pada hari ini.

Menurut KPM lagi, memandangkan ada murid sudah mula mendaftar masuk di asrama mulai 16 Januari 2021, KPM telah membuat ketetapan berikut:

(i) Sekolah Berasrama Penuh

Murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5:

  • boleh kekal di asrama dan mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian di sekolah; atau
  • boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR. Ibu bapa atau penjaga dibenarkan mengambil anak atau anak jagaan pulang pada bila-bila masa yang sesuai dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6:

  • mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan.

(ii) Asrama Sekolah Harian

Murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5:

  • boleh kekal di asrama dan mengikuti PdP secara dalam talian di sekolah; atau
  • boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR. Ibu bapa atau penjaga dibenarkan mengambil anak atau anak jagaan pulang pada bila-bila masa yang sesuai dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6:

  • mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan.

Kata KPM, keperluan makan dan minum murid di asrama akan disediakan oleh pihak sekolah.

Di samping itu, semua guru hendaklah kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Januari 2021 bagi tujuan pengoperasian sekolah. Kata KPM lagi, guru yang terlibat dengan kelas peperiksaan SPM/SVM/SKM/STPM/STAM/DVM tahun 2020 perlu hadir ke sekolah untuk tujuan PdP secara bersemuka dan gGuru yang lain akan melaksanakan PdPR dan kehadiran ke sekolah adalah berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh Ketua Jabatan.

“Bagi pelajar Kolej Matrikulasi, mereka perlu kekal di kolej masing-masing untuk terus mengikuti pembelajaran secara hibrid.

Sementara itu, semua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah berada di asrama perlu kekal berada di asrama kampus. Pelajar yang masih belum mendaftar di asrama boleh memilih untuk masuk ke asrama atau kekal berada di rumah masing-masing. PdP untuk semua pelajar IPG akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 17 Januari 2021. Perincian berkaitan pelaksanaan praktikum dan internship IPG akan dimaklumkan kelak.” tambah KPM.

Dalam pada itu, semua tadika swasta yang berdaftar dengan KPM boleh terus beroperasi secara bersemuka.

“KPM menyarankan agar semua ketetapan ini turut diikuti oleh sekolah-sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk sekolah di bawah Kerajaan Negeri.” ujar KPM.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...