Alam Sekitar @ MY LNAAM

Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 [Akta 795] dikuatkuasakan pada 18 Disember 2020

121

19 Disember 2020 – Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 [Akta 795] telah diwartakan pada tahun 2017 bagi menunjukkan komitmen negara dalam menerima pakai Nagoya Protocol on Access to Genetic Resources and the Fair and Equitable Sharing of Benefits Arising from their Utilization atau dikenali sebagai Protokol Nagoya. Akta tersebut juga adalah satu-satunya Akta yang memperuntukkan tata cara yang jelas mengenai ABS (ACCESS AND BENEFIT SHARING) kepada pengguna dan pemberi sumber biologi.

Menurut Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) Dato’ Dr. Shamsul Anuar Nasarah, beliau telah mengumumkan bahawa Akta Akses kepada Sumber Biologi dan Perkongsian Faedah 2017 [Akta 795] dikuatkuasakan pada 18 Disember 2020 semasa merasmikan Webinar ABS dan Pengetahuan Tradisi pada hari ini.

“Saya juga telah melancarkan Buku Panduan Pengguna ABS dan portal MyABS.

Penguatkuasaan Akta 795 adalah untuk memastikan negara mendapat faedah apabila sumber biologi yang dijumpai di negara ini dikaji dan dibangunkan kepada produk yang mempunyai nilai. Ia sekaligus dapat membanteras biopiracy iaitu sumber biologi negara diambil dan dibangunkan tanpa izin sehingga negara tidak mendapat apa-apa faedah daripadanya.” katanya.

Kata Dr. Shamsul Anuar lagi. penguatkuasaan Akta 795 penting kepada Malaysia yang merupakan antara 12 buah negara di dunia yang paling kaya dengan khazanah biodiversiti (mega-biodiversity) dan ianya berpotensi besar untuk pembangunan dan penciptaan produk baharu dalam industri farmaseutikal dan nutraseutikal seperti ubat-ubatan, makanan tambahan dan produk kosmetik.

“Dengan berkuatkuasanya Akta 795, Pihak Berkuasa Kompeten iaitu entiti di peringkat negeri memainkan peranan penting dalam pengurusan ABS yang antaranya meliputi pengeluaran permit dan kutipan fi; penyelenggaraan rekod; dan pelaporan kepada Pihak Berkuasa Kompeten Kebangsaan secara berkala.

Akta 795 boleh mendatangkan manfaat yang meliputi faedah kewangan dan bukan kewangan. Faedah kewangan termasuk royalti, fi bagi permit penyelidikan dan paten yang dihasilkan daripada pengkomersialan produk yang diperoleh daripada sumber biologi. Manakala faedah bukan kewangan pula antaranya termasuk perkongsian hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D); latihan melalui pertukaran penyelidikan dan penyelidikan kolaboratif; pemilikan bersama hak harta intelek; pemindahan teknologi; dan peningkatan infrastruktur penyelidikan; dan peluang pekerjaan kepada masyarakat.” ujarnya.

Dalam pada itu, KeTSA telah melaksanakan pelbagai inisiatif ke arah menguatkuasakan Akta 795 termasuk mengadakan program pembangunan kapasiti kepada Pihak Berkuasa Negeri.

“Susulan penguatkuasaan Akta 795, penyelidik yang ingin mengakses sumber biologi di Malaysia perlu memohon permit kepada Pihak Berkuasa Negeri secara atas talian melalui www.myabs.gov.my.

KeTSA akan terus mempergiatkan inisiatif bagi memperkasa pelaksanaan ABS di Malaysia. Penguatkuasaan ABS perlu diuar-uarkan kepada semua pihak khususnya Kerajaan-kerajaan Negeri, institusi penyelidikan dan pengajian tinggi, masyarakat peribumi dan komuniti setempat serta industri bagi memastikan tata caranya difahami dan dipatuhi” ujar Dr. Shamsul Anuar.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...