Alam Sekitar @ MY LNAAM

Permis punca air parit berbuih putih diserbu JAS dan MPK

109

KLANG 10 Disember 2020 – Sebuah premis yang didapati menjalankan aktiviti mencuci tong-tong terpakai secara haram di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor telah diserbu oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang (MPK). Aktiviti yang dijalankan di permis tersebut didapati adalah punca kepada pembentukan buih berwarna putih di dalam parit di sekitar kawasan perumahan Taman Ubudiah.

Menurut Pengarah JAS Selangor, Puan Nor Aziah Jaafar menerusi satu kenyataan akhbar yang diedarkan hari ini, semasa serbuan yang dijalankan oleh pihak JAS Selangor dan MPK pada 10.00 pagi, kawasan lantai dan longkang premis didapati masih basah walaupun premis tidak menjalankan sebarang operasi.

“Seorang pekerja warga asing telah berjaya melarikan diri sebaik sahaja pihak berkuasa memasuki premis. Siasatan mendapati sebuah kawasan berbumbung anggaran 90 kaki persegi telah dijadikan tempat mencuci tong-tong terpakai. Air cucian termasuk sisa buangan terjadual telah dialirkan secara haram ke dalam parit yang terletak di belakang premis tanpa sebarang proses pengolahan. Siasatan lanjut mendapati premis berkenaan memperolehi tong-tong terpakai daripada kawasan industri di sekitar Daerah Klang, Selangor. Tong-tong yang telah bersih kemudiannya dijual semula kepada kilang-kilang seperti kilang pembuatan bahan kimia untuk tujuan isian semula (refill).

Dua sampel sisa buangan terjadual yang terdapat dalam tong-tong terpakai telah diambil sebagai bahan bukti dan kawasan pencucian turut dikepung dengan pita amaran bagi mengelakkan pencerobohan bahan bukti di premis.” kata Nor Aziah.

Jelas beliau lagi, pemilik premis tersebut telah menyalahi Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 yang mana tong-tong terpakai merupakan buangan terjadual dengan kod deskripsi SW 409 dan aktiviti kitar semula ini hendaklah memperolehi lesen daripada JAS.

Kertas Siasatan telah dibuka untuk pendakwaan di mahkamah bagi kesalahan-kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 seperti berikut:

  • Seksyen 34A iaitu gagal mengemukakan laporan mengenai kesan kepada alam sekeliling akibat aktiviti yang ditetapkan;
  • Seksyen 34B iaitu menempatkan buangan terjadual di premis tanpa mendapat apa-apa kelulusan daripada Ketua Pengarah;
  • Seksyen 18(1) iaitu menjalankan aktiviti di premis yang ditetapkan tanpa mendapat apa-apa lesen daripada Ketua Pengarah; dan
  • Seksyen 19(a) iaitu menjalankan aktiviti di premis yang ditetapkan tanpa mendapat apa-apa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah.

Kata Nor Aziah, peralatan yang digunakan dalam proses cucian turut dikenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan.

“Operasi ini telah dijalankan dengan mematuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP), arahan dan langkah-langkah keselamatan serta kesihatan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi membendung penularan wabak Covid-19 dalam negara.” ujar Nor Aziah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Jangan Hidupkan Budaya Toksik Ketika Menjayakan Tradisi Berkumpul

Oleh : Profesor Madya Dr Mohd Anuar Ramli, Pensyarah, Jabatan Fiqh dan...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MCMC buat laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo

CYBERJAYA 20 April 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...