AMEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

Azmin wakili Malaysia tandatangani RCEP, bukti komitmen kuat negara dalam persefahaman perdagangan antarabangsa

179

15 November 2020 – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada hari ini mewakili pihak Kerajaan Malaysia telah menandatangani Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) bersama dengan 14 Negara Peserta RCEP yang lain.

Menurut Menteri Kanan itu menerusi satu kenyataan media yang diedarkan hari ini berkata, majlis menandatangani perjanjian tersebut adalah kemuncak kepada rundingan yang sukar dan mencabar selama 8 tahun yang melibatkan 31 pusingan rundingan, 8 Mesyuarat Menteri dan 4 Sidang Kemuncak. Kata beliau lagi, ia merupakan penanda aras yang penting dalam penyatuan dan pemacu pertumbuhan ekonomi diantara 15 anggota perjanjian ini.

“Ianya juga akan menjadi bukti pengukuhan sistem perdagangan pelbagai hala disamping usaha untuk memperkasakan agenda pembangunan di bawah Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Perjanjian Perdagangan Bebas RCEP ini adalah yang terbesar pernah ditandatangani Malaysia dan melibatkan 15 negara yang merangkumi 2.2 bilion atau hampir sepertiga (29.7%) penduduk dunia dan menyumbang sebanyak US$24.8 bilion atau hampir sepertiga (28.9%) KDNK dunia berdasarkan Data Bank Dunia 2018. Melihatkan kepada tahap pembangunan ekonomi yang berbeza diantara semua anggota, RCEP bakal menyumbang kepada kelestarian Malaysia sebagai hab perdagangan dan destinasi pelaburan pilihan.

Manfaat bagi peniaga-peniaga di Malaysia termasuklah penghapusan dan pengurangan tarif untuk barang-barang dagangan, termasuk memudahcara eksport dan import barangan di antara negara-negara RCEP. Penyedia perkhidmatan termasuk e-dagang juga akan dapat menikmati akses pasaran yang lebih besar dari segi penawaran rentas sempadan dan mewujudkan keberadaan komersial di pasaran RCEP.

Disamping itu juga, RCEP akan mempertingkat, memudahcara dan melindungi persekitaran pelaburan negara-negara peserta di rantau ini. Ini juga merangkumi perkongsian maklumat dan mempertingkatkan langkah-langkah ketelusan untuk memudahkan perniagaan dan pelaburan dalam kawasan RCEP.” kata Azmin.

Tambah Ahli Parlimen Gombak itu, RCEP akan dapat memastikan persaingan yang seimbang diantara negara-negara membangun dan negara-negara yang sedang membangun.

“Terdapat juga fasal khusus berkenaan dengan peruntukan perkongsian informasi dan mempromosikan langkah-langkah ketelusan untuk mempermudah perniagaan dan pelaburan di rantau ini termasuk menyediakan peluang kerjasama ekonomi dan teknikal terutamanya kepada PKS.

RCEP boleh menjadi pemangkin kepada pemulihan ekonomi akibat COVID-19 yang akan membantu memastikan pembukaan pasaran serta rantaian bekalan yang tidak terganggu.” jelas beliau.

RCEP menggabungkan dan menyeragamkan FTA ASEAN+1 yang sedia ada iaitu melibatkan Jepun, Korea, China, Australia dan New Zealand, ke dalam satu perjanjian yang inklusif dan komprehensif dan bakal meningkatkan lagi perdagangan dan pelaburan antara negara-negara peserta dan serantau disamping memperkuatkan rantaian nilai serantau, dan juga memudahkan ketelusan, perkongsian maklumat dan penyelarasan peraturan dan standard teknikal.

“RCEP mencerminkan komitmen kuat Malaysia dalam persefahaman perdagangan antarabangsa, hubungan perangkaian, sistem perdagangan pelbagai hala yang berlandaskan peraturan serta meningkatkan aliran perdagangan dan pelaburan bebas.” ujar Azmin.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...