AMWanita @ My LNA

Perkasakan Perpaduan, Ingati Pejuang Kemerdekaan

169

28 Ogos 2020 – Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan dan mengajak rakyat negara ini meraikan semangat perpaduan dan memperingati jasa pejuang-pejuang kemerdekaan.

Menurut Halimah, kepelbagaian bangsa, agama dan budaya adalah tunggak utama yang mencorakkan negara ini.

“Kitalah nadi negara dan kita harus hargai khazanah yang tidak ternilai ini. Pembangunan negara kita adalah hasil daripada usaha dan kematangan semua rakyat secara bersama.

Seiring kita melangkah ke hadapan, kita harus memainkan peranan masing-masing demi memastikan keharmonian dan perpaduan terpelihara. Lebih penting lagi, semangat ini perlu dipupuk dalam hati dan minda anak-anak muda kita agar Malaysia terus maju dari segi sosial dan ekonomi.” kata beliau menerusi satu kenyataan media yang diedarkan semalam.

Halimah turut menyeru supaya semua rakyat Malaysia untuk sentiasa cekal dan menerapkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang berteraskan nilai keamanan, perpaduan dan keharmonian dalam kehidupan seharian.

Katanya, ianya merupakan asas yang membentuk kemerdekaan dan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara.

“Meskipun sambutan tahun ini berbeza dari sambutan-sambutan sebelum ini berikutan COVID-19, perasaan cinta terhadap ibu pertiwi dan kekuatan kita sebagai sebuah masyarakat yang bersatu padu tetap teguh. Walau apa jua cabaran yang melanda, pandemik global sekalipun tidak akan mampu mematahkan semangat perpaduan kita.

Marilah kita semua sentiasa menjaga diri dengan baik dan semoga Malaysia terus diberkati sebagai sebuah negara yang dinamik, maju dan bersatu.” ujar Halimah.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...