AMEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

Jawatan di sektor swasta berkurang daripada 8.6 juta kepada 8.4 juta pada suku kedua 2020

188

PUTRAJAYA 13 Ogos 2020 – Mengikut laporan STATISTIK GUNA TENAGA, SUKU KEDUA 2020 berdasarkan Survei Guna Tenaga yang dilaksanakan ke atas pertubuhan formal dalam sektor swasta, jawatan di sektor swasta berkurang daripada 8.6 juta kepada 8.4 juta pada suku kedua 2020.

“Pada suku ini, kadar pengisian jawatan turun 0.1 mata peratus berbanding suku terdahulu kepada 98.0 peratus, menjadikan jumlah jawatan diisi sebanyak 8.2 juta. Sementara itu, peluang pekerjaan yang ditunjukkan oleh kekosongan jawatan adalah sejumlah 170 ribu. Kebanyakan aktiviti ekonomi tertangguh pada bulan April, dan diberi kelonggaran beroperasi secara beransur-ansur sepanjang bulan Mei dan Jun, perniagaan masih perlu mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan.

Di samping itu, pergerakan penduduk yang terhad berikutan larangan pergerakan antara negeri telah memberi kesan kepada hasil perniagaan. Perkara tersebut telah menyebabkan permintaan buruh yang berkurangan oleh industri yang mana dapat dilihat melalui bilangan kekosongan jawatan yang lebih rendah berbanding setahun yang lalu.” jelas Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin.

Mengulas lanjut, Dr. Mohd Uzir berkata bahawa kadar kekosongan turun 0.5 mata peratus tahun ke tahun kepada 2.0 peratus. Namun, jika dibandingkan dengan suku sebelum ini, kadar kekosongan meningkat secara marginal sebanyak 0.1 mata peratus.

“Lebih separuh daripada kekosongan adalah jawatan separuh mahir, manakala kekosongan jawatan mahir mewakili 23.1 peratus. Mengikut aktiviti ekonomi, 55.1 peratus daripada kekosongan jawatan adalah dalam sektor Pembuatan, terutamanya dalam pembuatan komputer, produk elektronik dan optikal, produk getah dan plastik, produk kimia dan farmaseutikal serta produk makanan. Bagi sektor Perkhidmatan dengan sumbangan 17.3 peratus, sebahagian besar kekosongan adalah dalam industri perdagangan borong dan runcit, pengangkutan darat, penggudangan dan aktiviti sokongan untuk pengangkutan, makanan dan minuman, serta industri kewangan dan insurans. Selain itu, bilangan kekosongan yang signifikan dilihat dalam sektor Pertanian, terutamanya dalam pengeluaran tanaman dan ternakan termasuk kelapa sawit.” kata Dr. Mohd Uzir.

Tambah beliau, walaupun permintaan buruh adalah lebih rendah, sebanyak 12 ribu pewujudan jawatan direkodkan pada suku ini, yang mana ianya kurang separuh daripada purata pewujudan jawatan suku tahunan ada tahun lepas. Mengikut kategori kemahiran, pewujudan jawatan
kebanyakannya adalah separuh mahir.

“Komuniti perniagaan di Malaysia majoritinya adalah perusahaan kecil dan sederhana. Pakej rangsangan yang diperkenalkan secara berperingkat sejak permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membantu perniagaan ketika melalui fasa pemulihan ini. Dengan adaptasi normal baharu, perniagaan mula mengatur strategi bagi mendepani permintaan pengguna yang berubah, dan seterusnya menyebabkan perubahan keperluan bentuk kemahiran pekerja.

Dari sudut penawaran buruh, pencari kerja perlu memanfaatkan kedudukan permintaan buruh semasa dengan menilai semula dan memperkukuh kemahiran dan pengetahuan; dan seterusnya dapat mempertingkatkan kebolehpasaran dalam pasaran kerja.” kata beliau.

Dalam pada itu Ketua Perangkawan Malaysia turut berharap agar semua rakyat Malaysia dapat memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan kejayaan perlaksanaan Banci Malaysia 2020 di mana fasa pertama telah bermula 7 Julai hingga 30 September 2020 secara dalam talian (e-Census) manakala fasa kedua akan bermula pada 7 hingga 24 Oktober 2020 dengan menggunakan kaedah temuramah bersemuka.

“Maklumat lanjut berkaitan Banci 2020 boleh diperoleh melalui portal banci iaitu www.mycensus.gov.my atau media sosial @MyCensus2020.” ujarnya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAUTAMA

Iktibar perpaduan dari anyaman ketupat

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Aidilfitri menjelang lagi. Perayaan ini disambut seluruh...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Shopee Mengukuhkan Keyakinan Pembeli dengan Program Jaminan Tepat Waktu

KUALA LUMPUR, 22 April 2024 – Kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan...