AMEkonomi @ My LNANiaga @ My LNAWanita @ My LNA

KPWKM dan BIMB tandatangani MOU,bina kerjasama pemerkasaan kebajikan sosial berasaskan platform ekonomi digital

238

KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2020 – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) pada hari ini telah menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) di mana kedua pihak bersetuju untuk bekerjasama selama tempoh 2 tahun bagi memperkasakan Program Kebajikan dan Perlindungan Sosial berteraskan platform ekonomi digital.

“KPWKM dan BIMB bersetuju untuk bekerjasama selama tempoh 2 tahun bagi memperkasakan Program Kebajikan dan Perlindungan Sosial berteraskan platform ekonomi digital dalam usaha memastikan kumpulan sasar KPWKM mendapat manfaat terutamanya penerima bantuan yang terdiri daripada warga emas, OKU, kanak-kanak, wanita dan keluarga berkeperluan.

Antara program yang dilaksanakan melalui kerjasama ini ialah pengurusan bantuan melalui Sistem Ekonomi Digital, pemerkasaan program pembangunan keusahawanan, bantuan mikro kredit kepada penerima bantuan yang ingin meningkatkan taraf hidup serta program-program kebajikan dan perlindungan sosial yang bersesuaian.” kata KPWKM melalui kenyataan media yang dikongsi di halaman Facebook rasmi kementerian hari ini.

Tambah Kementerian, MoU ini juga merupakan satu inisiatif KPWKM bersama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam usaha membudayakan masyarakat Malaysia ke arah ekonomi digital selaras dengan norma baharu pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberi penekanan kepada penjarakan fizikal semasa menjalankan aktiviti harian.

Dalam pada itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Datuk Seri Rina Mohd Harun berpendapat bahawa badan korporat sewajarnya mengetengahkan Corporate Shared Value (CSV) atau Nilai Bersama Korporat dalam model perniagaan mereka.

Menteri KPWKM YB Datuk Seri Rina Mohd Harun berucap di majlis menandatangani
Memorandum of Understanding (MoU) antara KPWKM dan BIMB. Sumber foto halaman Facebook rasmi KPWKM

“Pendekatan CSV ini merupakan penggabungan objektif perniagaan dan Corporate Social Responsibility (CSR) sebagai satu bentuk model perniagaan yang holistik. Oleh itu, CSV bukanlah usaha kebajikan, sebaliknya satu bentuk model perniagaan yang dipacu oleh kehendak semasa untuk membantu menyelesaikan masalah komuniti di samping memastikan situasi ‘menang-menang’ korporat dan komuniti dapat dicapai. Itulah yang turut dibawa oleh KPWKM melalui inisiatif ini bagi membantu golongan sasar di bawah KPWKM.

Saya juga juga mengalu-alukan lebih banyak lagi syarikat-syarikat korporat untuk bekerjasama dengan KPWKM dan agensi di bawahnya dalam usaha mempertingkatkan Program Kebajikan dan Perlindungan Sosial agar kesejahteraan sosial dapat dinikmati selari dengan Wawasan Kemakmuran Bersama.” kata Rina sewaktu berucap pada hari ini di majlis menandatangani Memorandum of Understanding (MoU) oleh Encik Zulkifli Ismail, Ketua Pengarah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mewakili KPWKM dan Encik Mizam Masram, Ketua Pegawai Perniagaan Bank Islam mewakili BIMB.

Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Dato’ Seri Saifuddin Abdullah, Dato’ Dr. Junaidah Kamarruddin, Ketua Setiausaha KPWKM , Encik Mohd Muazzam Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam dan pengurusan tertinggi dari KPWKM, JKM dan BIMB.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...