COVID-19 @ My LNAParlimen @ My LNAPolitik @ My LNA

COVID-19 : Pembentangan RUU sudah terlambat – Syahredzan Johan

231

13 Ogos 2020 – Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang, Syahredzan Johan pada hari ini membidas tindakan kerajaan yang lambat membentangkan Rang Undang-undang (RUU) Langkah-langkah Sementara Bagi Mengurangkan Kesan Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19) 2020 di sidang Parlimen.

Menurut Syahredzan,  jika apa-apa tanggungjawab tidak dapat dilaksanakan dalam apa-apa kontrak yang termasuk dalam kategori kontrak yang diliputi oleh RUU ini (termasuk perjanjian sewa premis) pihak lagi satu tidak boleh kuatkuasa hak mereka dalam kontrak tersebut. Sebagai contoh, jika terdapat penyewa yang gagal membayar sewaan premis disebabkan oleh pendapatan terjejas akibat Covid-19, maka pemilik premis tidak boleh mengambil tindakan mengusir keluar penyewa tersebut.

“Tetapi bacaan Fasal 7 hanya untuk premis ‘non-residential’ sahaja, jadi yang sewa rumah langsung tidak dilindungi?

Fasal 7

Ini bagus, tetapi ia hanya terpakai jika pemilik premis belum usir keluar penyewa bila Akta ini dikuatkuasa (Rujuk Fasal 7 di atas).

Ini bermakna apa-apa tindakan undang-undang yang telah diambil dari 18 Mac hinggalah undang-undang ini dikuatkuasa (paling awal akhir September atau Oktober), adalah sah dan mengikat.” jelas Syahredzan melalui hantaran di halaman Facebook rasmi beliau hari ini.

Tambah beliau, jika seseorang itu sudah diusir keluar daripada premis sewa sebelum tarikh RUU tersebut kuatkuasa, tindakah itu adalah sah.

“Sama juga dengan peruntukkan dalam Akta Distress. Jika pemilik premis yang bawa prosiding ‘distress’ untuk dapatkan wang sewa tertunggak sebelum undang-undang dikuatkuasa, maka tindakan itu adalah dan tidak terangkum dalam undang-undang Covid ini.

Maknanya, dari bulan Mac 2020 sampailah akhir September atau Oktober 2020, mereka yang hilang sewaan premis, atau diambil tindakan distress oleh oemilik premis tidak akan dilindungi oleh undang-undang ini.” kata peguam tersebut.

Akta Distress

Katanya lagi, impak paling besar Covid-19 adalah semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bulan selepas PKP iaitu dari Mac sehingga Jun 2020. Akibatnya mereka yang terkesan di dalam tempoh itu tidak akan mendapat perlindungan.

“Satu lagi kesan yang tidak diingini disebabkan RUU lambat ini adalah, dari sekarang sampai ia dikuatkuasa, kita mungkin akan lihat banyak kontrak ditamatkan, orang diusir dan prosiding guaman dimulakan kerana orang mahu mengelak daripada terangkum dalam undang-undang ini.

Sebab itu dari dulu sudah didesak supaya Parlimen bersidang, dan undang-undang seperti ini dibentangkan dengan seberapa segera.” ujar beliau lagi.

Syahredzan turut mengkritik keputusan Kerajaan yang sengaja tidak mahu dan melengahkan sidang Parlimen diadakan dan akibatnya barulah RUU yang penting tersebut baru dibentangkan sekarang.

“Sekadar perbandingan, Singapura bentang dan lulus RUU sama pada bulan April 2020. Kita pula bentangkan pada bulan Ogos; 5 bulan selepas mulanya PKP.

Undang-undang ini akan digubal terlalu lewat!” tegas beliau.

Tambah Syahredzan lagi apa yang lebih menyedihkan adalah mereka yang terjejas dan tidak dapat perlindungan akibat kelewatan RUU tersebut dibentangkan adalah mereka yang tergolong dalam kelompok yang berpendapatan rendah.

“Bukanlah Menteri-menteri atau MP-MP yang ada gaji GLC yang tidak dapat perlindungan. Tetapi orang biasa yang macam Makcik Kiah yang paling terkesan.” ujarnya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAParlimen @ My LNA

Dato’ Awang Bemee dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Negara.

KUALA LUMPUR, 22 Julai 2024 – Dato’ Awang Bemee bin Awang Ali...

Alam Sekitar @ MY LNABM @ MY LNAParlimen @ My LNAUTAMA

PETRA pandang serius isu mikroplastik sebagai bahan pencemar baru

KUALA LUMPUR, 18 Julai 2024 – Sebagai usaha untuk mengetengahkan isu berkaitan...

BM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAKomunikasi Digital @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Kerajaan serius terhadap perlindungan data peribadi – Gobind

KUALA LUMPUR, 10 Julai 2024 – Kerajaan telahpun hari ini membentangkan Rang...