AMNiaga @ My LNA

Lebihan dagangan Malaysia cecah melebihi RM20 billion

411

PUTRAJAYA 28 Julai 2020 – Prestasi eksport Malaysia kembali pulih daripada kesan pandemik COVID-19 setelah mencatatkan pertumbuhan positif pada bulan semasa. Ia dapat dilihat melalui laporan PERANGKAAN PERDAGANGAN LUAR NEGERI, JUN 2020 yang memaparkan statistik import dan eksport mengikut produk dan rakan dagangan, yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) semalam.

Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Dato’ Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin melalui kenyataan media yang diedarkan semalam, pada bulan Jun 2020,
eksport kembali merekodkan kenaikan 8.8 peratus kepada RM82.9 bilion daripada penurunan 25.5 peratus pada Mei 2020.

“Ini adalah lebihan dagangan terbesar yang pernah dicatatkan setakat ini. Lebihan dagangan terbesar sebelum ini direkodkan pada Oktober 2019 dengan nilai RM17.3 bilion.

Sementara itu, jumlah dagangan Malaysia berjumlah RM144.8 bilion, berkembang sebanyak 2.2 peratus berbanding bulan yang sama tahun lalu.” ulas Dr. Mohd Uzir.

Menurut DOSM, peningkatan eksport disebabkan oleh eksport yang lebih tinggi ke China (+RM4.7 bilion), Amerika Syarikat (+RM2.1 bilion) dan Hong kong (+RM1.4 bilion). Namun, eksport ke India menurun sebanyak RM1.4 bilion. Import yang lebih rendah terutamanya dari Kesatuan Eropah (-RM1.1 bilion), Singapura (-RM772.8 juta), Thailand (-RM723.1 juta) dan Republik Korea (-RM706.6 juta).

“Produk utama yang menyumbang kepada peningkatan eksport adalah barangan elektrik dan elektronik (+RM4.5 bilion), keluaran getah (+RM1.8 bilion), minyak kelapa sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak kelapa sawit (+RM1.5 bilion), barangan optik dan saintifik (+RM993.6 juta) dan jentera, peralatan dan kelengkapan (+RM951.4 juta).

Sementara itu, penurunan import dicatat bagi keluaran petroleum (-RM2.4 bilion), kelengkapan pengangkutan (-RM1.7 bilion) dan petroleum mentah (-RM1.1 bilion). ” jelas DOSM.


Sementara itu, penurunan dalam import mengikut Penggunaan Akhir disumbangkan oleh barang perantaraan. Import barangan perantaraan, turun 10.8 peratus atau RM4.1 bilion kepada RM34.1 bilion. Sementara itu, import barangan penggunaan dan barangan modal masing-masing mencatat kenaikan 9.0 peratus kepada RM6.1 bilion dan 2.8 peratus kepada RM7.3 bilion.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...