Alam Sekitar @ MY LNAAM

Ops Gempur Selangor 2020 : Lebih 100 kilang diperiksa

200

PUTRAJAYA 23 Jun 2020 – Operasi Gempur (Ops Gempur) Selangor 2020 telah dilaksanakan secara berperingkat pada 16, 18 dan 23 Jun 2020 dengan memfokuskan pemeriksaan kepada 118 kilang di kawasan Sepang, Kuala Langat, Hulu Langat, Gombak dan Hulu Selangor.

Menurut Jabatan Alam Sekitar (JAS) di dalam kenyataan media semalam, operasi yang melibatkan 125 anggota penguatkuasa JAS dari JAS Negeri Selangor, JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan JAS Ibu Pejabat Putrajaya ini dilaksanakan untuk mencegah berlakunya kejadian pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada operasi pengilangan dari pelbagai jenis industri termasuk industri plastik, industri kimia, pengilangan logam, industri berasaskan getah, industri kertas, makanan dan minuman, tekstil, percetakan serta elektrik dan elektronik.

“Operasi tersebut juga bertujuan untuk membanteras kes-kes pelupusan haram buangan terjadual dan pelepasan air buangan tidak terawat oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab susulan penghentian operasi pengilangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

JAS telah mengambil tindakan tegas ke atas 49 kilang yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Dalam hal ini, 124 tindakan penguatkuasaan telah diambil di bawah perundangan tersebut yang merangkumi 22 Notis Arahan, 97 Tawaran Kompaun, 3 Penahanan Operasi Kelengkapan dikenakan serta 2 Kertas Siasatan dibuka untuk tindakan mahkamah.” kata JAS.

Tambah JAS, operasi ini dijalankan dengan mematuhi Prosedur Tetap Operasi (SOP), arahan dan langkah-langkah keselamatan serta kesihatan yang dikeluarkan masing-masing oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan JAS. Ini adalah penting bagi memastikan usaha Kerajaan ke arah membendung penularan wabak Covid-19 di Negara berjaya dilaksanakan.

Ops Gempur adalah salah satu inisiatif JAS yang telah mula dijalankan pada tahun ini bertujuan untuk mempertingkatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Pelaksanaan Ops Gempur ini juga akan terus dilaksanakan oleh JAS di peringkat Negeri dan mengikut zon di seluruh Malaysia. Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menjadi mata dan telinga JAS dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 atau email ke aduan_k@doe.gov.my dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...