AMCOVID-19 @ My LNA

Hari Keluarga Antarabangsa : Keluarga Dalam Pembangunan

374

15 Mei 2020 – Bagi meraikan sambutan Hari Keluarga Antarabangsa yang disambut pada setiap 15 Mei, Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UN) telah memilih tema “Keluarga Dalam Pembangunan: Copenhagen & Beijing +25” sebagai tema sambutan tahun ini.

“Tema dipilih sempena ulang tahun ke 25 Deklarasi Copenhagen (Copenhagen Declaration) dan Platform Tindakan Beijing (Beijing Platfrom for Action).

Tema ini menarik perhatian komuniti dunia kepada kepentingan melabur dalam polisi sosial dalam melindungi individu dan keluarga mudah terancam di kala pandemik COVID-19. Keluarga menanggung kesan krisis ini, melindungi ahli keluarganya dari bahaya, menjaga anak-anak yang tidak dapat ke sekolah serta pada masa yang sama terus menjalankan tanggung jawab kerjaya mereka.” kata Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di dalam satu siaran media yang dikeluarkan semalam.

Ucapan Selamat Menyambut Hari Keluarga Antarabangsa dari Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat YBM Datuk Seri Rina Mohd Harun
Sumber video : Pejabat Menteri KPWKM

Jesteru, LPPKN yang merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang menjalankan beberapa tinjauan pendapat secara atas talian dikalangan rakyat Malaysia. Ia bagi mengenalpasti keadaan keluarga dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Tinjauan berkaitan Kesejahteraan Keluarga Sepanjang PKP Akibat Pandemik COVID-19 dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia dari 7 Mei sehingga 21 Mei 2020 ini dilaksanakan di beberapa komuniti terpilih dari jenis penempatan kampung tradisional, kampung nelayan, projek perumahan rakyat/ rumah pangsa, tanah rancangan dan taman perumahan.

Dapatan dari tinjauan pendapat ini diharap dapat membantu LPPKN membangunkan program yang bersesuaian untuk menyokong kesejahteraan keluarga dalam menghadapi norma baharu berikutan pandemik COVID-19.” jelas LPPKN.

LPPKN turut berharap agar institusi keluarga di negara ini dapat terus menerapkan disilipin di kalangan ahlinya dalam mencegah jangkitan COVID-19 ini. Seterusnya dapat menyeseuaikan diri dengan norma baharu kehidupan selepas pandemik COVID-19.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...