AM

Ahli lembaga pengarah baharu dilantik untuk anak syarikat MARA, RISDA

407

PUTRAJAYA 12 Mei 2020 – Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) melalui agensi-agensinya telah berperanan secara signifikan dalam pembangunan kesejahteraan masyarakat luar bandar terutamanya kumpulan sasar yang telah ditetapkan.

Menteri KPLB, Datuk Dr Abd Latif Ahmad berkata, bagi memastikan usaha ini dapat diteruskan secara efektif dan efisien, perlantikan pengerusi dan ahli lembaga pengarah agensi serta subsidiari di bawahnya adalah amat diperlukan untuk memastikan semua agensi terbabit dapat berperanan dengan nilai akauntabiliti serta tadbir urus yang baik.

“Bagi memenuhi hasrat KPLB, hari ini diumumkan empat orang pengerusi yang baharu di bawah agensi MARA berkuat kuasa 15 Mei 2020 adalah seperti berikut; Datuk Dr. Roziah binti Omar sebagai pengerusi Kolej Poly-Tech MARA Sdn Bhd, Encik Mazlan bin Othman sebagai pengerusi MARA Liner Sdn Bhd, Kapten (B) Muhammad Suhaimi bin Yahya sebagai pengerusi Asia AeroTechnic Sdn. Bhd dan Encik Shaik Rizal bin Sulaiman sebagai pengerusi Harta Prima Realties Sdn Bhd.

“Disamping itu, senarai dua orang ahli lembaga pengarah GIATMARA yang berkuat kuasa pada 15 Mei 2020 ini adalah Encik Roslan bin Nikmat dan Encik Syahril Izham bin Abd Malek,” Kata Abd Latif menerusi satu kenyataan dari Putrajaya pada Selasa.

Sebelum ini pada 8 Mei yang lalu, KPLB juga telah mengumumkan pelantikan Dato’ Abdul Halim bin Mansor sebagai pengerusi GIATMARA.

Menurut Abd Latif, setelah pelantikan Datuk Mohd Salim bin Sharif sebagai pengerusi RISDA sepertimana yang diumumkan baru-baru ini, KPLB turut melantik lima orang ahli lembaga pengarah RISDA yang baharu.

Mereka terdiri daripada, Datuk Isnin bin Haji Aliasnih@Liasnih, Datuk Dr.Shahrazat binti Haji Ahmad, Dato’ Zamri bin Haji Yaakob, Encik Mohd Taufik bin Haji Yaacob, Encik Wan Abdul Hadi bin Wan Mohd Shafie.

Sementara itu, Abd Latif turut menjelaskan Tuan Haji Rosely bin Kusip pula dilantik sebagai pengerusi RISDA Estates, salah sebuah anak syarikat RISDA yang berperanan dalam pengurusan ladang dan kilang di bawah urus tadbirnya.

“KPLB mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini dan yakin dengan ketokohan, keupayaan, kepakaran dan pengalaman luas mereka ini dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang untuk kemajuan Agensi pada masa akan datang,” kata Abd latif.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...