AMCOVID-19 @ My LNA

Bakul Makanan : Langkah-langkah diambil KPWKM bagi menangani isu

216

26 April 2020 – Sejak kebelakangan ini kita dapati terdapat serangan bertalu-talu berbentuk kritikan terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YBM Datuk Seri Rina Mohd Harun berkenaan isu pengagihan bakul makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi mengawal penularan wabak virus COVID-19. Rina didakwa tidak mengagihkan bantuan tersebut dengan sistematik serta mengabaikan kawasan Parlimen yang dikuasai oleh parti pembangkang.

Tidak cukup dengan itu, timbul pula isu nilai bakul makanan tersebut kononnya nilai harga bakul makanan yang diedarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bernilai rendah daripada RM100. Isu ini dimainkan hari-hari di media sosial oleh para pemimpin pembangkang dan juga para netizen. Antara yang lantang menyuarakan isu ini adalah mantan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang juga merupakan Ahli Parlimen Segambut, YB Hannah Yeoh.

Kenyataan KPWKM pada 24hb April 2020 yang dimuat naik di Facebook Rasmi KPWKM

Isu nilai harga bakul makanan tersebut telah dijawab oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menerusi kenyataan yang di Facebook rasmi Kementerian pada Jumaat. KPWKM menafikan bahawa pihaknya pernah membuat kenyataan rasmi bahawa nilai harga bakul makanan adalah berjumlah RM100.

Dalam pada itu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan satu saluran di Youtube yang bernama JKM tv. Ia diwujudkan bagi memberi penerangan yang lebih lengkap kepada rakyat tentang kerja-kerja yang telah dilakukan oleh pihak JKM ketika tempoh PKP ini. Buat masa ini terdapat dua buah video yang telah diterbitkan dah salah satunya adalah video kenyataan berhubung agihan Bakul Makanan oleh En. Zulkifli Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Di dalam video tersebut, Zulkifli menerangkan perbezaaan di antara bakul makanan yang disediakan oleh kerajaan dan yang disumbangkan oleh NGO, syarikat-syarikat dan orang persendirian. Kedua-dua bantuan tersebut akan disalurkan oleh pihak JKM kepada golongan sasar.

Selain daripada saluran Youtube, video-video tersebut boleh juga ditonton di saluran Facebook rasmi JKM. Semoga video-video tersebut dapat menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat di negara ini serta memelihara nama baik JKM dan KPWKM. Langkah ini juga diharap dapat menangkis tuduhan dan kenyataan palsu dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...