2 April 2020, 9 AM – Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) membuat kenyataan berhubung dengan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial.
Penafian tentang beberapa berita yang tular di media sosial tersebut adalah seperti berikut :
- Menteri Luar Negeri, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein menafikan dakwaan oleh Migrant Care (Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat) bahawa Kerajaan Malaysia mengusir rakyat Indonesia secara besar-besaran sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
- Pihak Hospital Segamat, Johor menafikan dakwaan bahawa hospital tersebut menghebahkan tentang kes positif COVID-19 di setiap kawasan di Daerah Segamat.
- Ketua Polis Daerah Penampang, Sabah menafikan dakwaan kejadian samun di sebuah kedai serbaneka di Putatan walhal sebenarnya kejadian tersebut berlaku di Taman Sri Muda, Shah Alam pada tahun 2019 dan merupakan video lama yang dikitar semula.
Rakyat Malaysia dinasihatkan agar menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan peka terhadap sesuatu berita yang tular. Rujuk pada sumber yang sahih sebelum respon atau kongsi.
Leave a comment