1 April 2020, 11.15 AM – Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) membuat kenyataan berhubung dengan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial.
Penafian tentang beberapa berita yang tular di media sosial tersebut adalah seperti berikut :
- Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan bahawa tahanan yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditempatkan di dalam lokap secara beramai-ramai, sebaliknya beliau menjelaskan bahawa tahanan tersebut dilayan mengikut SOP yang ditetapkan yang menekankan penjarakan sosial (social distancing).
- Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pahang menafikan dakwaan mengenai terdapat talian hotline JKM di daerah-daerah di negeri Pahang untuk dihubungi bagi mendapatkan bantuan COVID-19 bagi tempoh 29 Mac sehingga 14 April 2020.
- Pejabat Kesihatan Daerah Kulim menafikan dakwaan bahawa seorang pekerja TF Value Mart di Kulim positif COVID-19.
Rakyat Malaysia dinasihatkan agar menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan peka terhadap sesuatu berita yang tular. Rujuk pada sumber yang sahih sebelum respon atau kongsi.
Leave a comment