Sidang Media Khas – Perintah Kawalan Pergerakan (30 Mac 2020)
- PKP Fasa Kedua: Waktu operasi semua premis perniagaan barang keperluan harian termasuk Pasaraya dan Pasar, 8.00 pagi hingga 8.00 malam
- Operasi Stesen Minyak dihadkan dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam
- PKP Fasa Kedua: Waktu operasi pengangkutan awam kekal 8.00 pagi hingga 8.00 malam
- PKP Fasa Kedua : Teksi dan E-Hailing dibenarkan beroperasi 6.00 pagi hingga 8.00 malam
- PKPD yg kedua telah dilaksanakan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui, Hulu Langat berikutan peningkatan jumlah positif jangkitan COVID-19
- PDRM telah menahan 828 individu kerana ingkar PKP
- PDRM bersama ATM telah membuat sebanyak 1520 Sekatan Jalan Raya dan melakukan pemeriksaan kpd lebih 257,287 kenderaan
- Sekatan Jalan Raya di plaza tol di seluruh negara, ditambah dari 23 kepada 65 dan akan ditingkatkan kepada 114 plaza tol
- Jumlah keseluruhan anggota yang bertugas dalam pelaksanaan PKP adalah seramai 67,774
- Kerajaan menggalakkan orang ramai supaya membuat pembelian secara atas talian (online)
- Aktiviti riadah tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian
- Kelonggaran kepada golongan Autism & OKU untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar tetapi tidak dibenarkan secara berkumpulan
- Kerajaan tetap harga siling topeng muka RM1.50
- SOP PKP Tahap 2 akan dikuatkuasakan mulai 1 April 2020
Sumber MINDEF MALAYSIA
Leave a comment