Alor Setar 30 Mac 2020 – Seramai 34 orang dihadapkan ke mahkamah majestret Alor Setar pagi tadi atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kesemua suspek ditahan di sekitar daerah Kota Setar kerana berada di luar tanpa tujuan.
PKP telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 16 Mac 2020 bermula dari 18 Mac 2020 hingga 14 April 2020. Ia dilaksanakan bertujuan bagi memutuskan rantaian penularan wabak COVD-19 di negara ini.
Kredit @NewsMPB
Leave a comment