29 Mac 2020, 3 PM – Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) membuat kenyataan berhubung dengan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial.
Penafian tentang beberapa berita yang tular di media sosial tersebut adalah seperti berikut :
- MKN menafikan dakwaan bahawa Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Kanan Pertahanan telah mengumumkan senarai kawasan-kawasan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur yang akan terlibat di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
- KKM menafikan dakwaan bahawa Kampung Pandan, Desa Pandan dan Taman Maluri telah diisytihar sebagai red zone berikutan seorang lelaki Rohingya dari Kampung Pandan yang disyaki dijangkiti virus COVID-19 telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh.
- Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menafikan kenyataan oleh seorang yang mendakwa diarah oleh Dato’ Temenggong untuk mendapatkan maklumat peribadi penduduk Kampung No.3 di Kuching dan kawasan sekitarnya untuk keperluan mesyuarat bersama Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas atas kemungkinan berlaku ‘lockdown’ di Kampung No.3, Kampung No.4 dan Kampung No.6.
Rakyat Malaysia dinasihatkan agar menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan peka terhadap sesuatu berita yang tular. Rujuk pada sumber yang sahih sebelum respon atau kongsi.
Leave a comment