AMCOVID-19 @ My LNAEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

Pakej Ransangan Ekonomi adalah tujahan pemulihan ekonomi – Annuar Musa

197

28 Mac 2020 – Menteri Wilayah Persekutuan YB Tan Sri TPr Annuar Musa berpendapat bahawa Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini bukan sekadar pemberian tunai tetapi suatu tujahan untuk memastikan ekonomi modal dapat terus berjalan.

Menurut beliau di dalam kenyataan media semalam, pakej ekonomi tersebut membantu secara langsung semua pihak terutama golongan dalam kumpulan B40 dan M40 melalui cara meningkatkan kecairan dan keupayaan mereka dan rakyat berbelanja.

“Ekonomi negara memerlukan suatu tujahan untuk bertumbuh dan dana awam perlu dilihat boleh diperolehi agar membolehkan rakyat mempunyai lebihan tunai di dalam saku mereka.

Berdasarkan pengamatan saya, pakej rangsangan ini bukan sekadar pemberian tunai tetapi suatu tujahan untuk memastikan ekonomi modal dapat terus berjalan. Pakej rangsangan ini akan memastikan imbangan yang baik di antara ekonomi rakyat tanpa meminggirkan sama sekali ekonomi modal. ” jelas Annuar.

Tambah beliau, intervensi sangat diperlukan ketika ini dan kerajaan tidak mempunyai pilihan, melainkan untuk memutuskan suatu pakej rangsangan yang besar bagi memastikan ekonomi dapat terus berkembang. Tanpa intervensi tersebut, pertumbuhan keluaran domestik negara akan semakin menguncup dan berkemungkinan boleh menjadi.

Annuar juga memaklumkan bahawa susulan dengan pengumuman pakej PRIHATIN tersebut, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Perbadanan Labuan (PL) akan membuat pelarasan ke atas inisiatif WILAYAH CAKNA sesuai dengan seruan YAB Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi tawaran yang lebih baik terutama kepada penyewa premis dan perumahan awam di Malaysia.

“Pelarasan pengecualian sewa PPR MTEN, perumahan awam DBKL dan premis perniagaan di bawah kelolaan DBKL, PPj serta Perbadanan Labuan ini sahaja melibatkan kos tambahan sebanyak RM35.8 juta. ” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah Stevie® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...