AMCOVID-19 @ My LNAKenyataan Media

Kenyataan Akhbar KPK 28 Mac 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

112

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 61 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 320 kes.

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 28 Mac 2020 pukul 12 tengah hari, terdapat 159 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 2,320 kes.

Sehingga kini, seramai 73 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 54 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan bahawa sehingga kini, terdapat pertambahan satu (1) kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 27 kes:

  • Kes kematian ke ke-27 (kes ke-2162 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi. Beliau dirawat di Hospital Tangkak pada 24 Mac 2020 dan kemudian dipindah ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 25 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 28 Mac 2020 jam 10.50 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarganya.

KEPERLUAN MENJALANI KUARANTIN SECARA SUKARELA BAGI RAKYAT MALAYSIA YANG BARU PULANG DARI LUAR NEGARA

Perintah Kawalan Pergerakan telah dilaksanakan mulai 18 Mac 2020 dan kini dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Perintah ini antara lain meliputi sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara dan bagi yang baru pulang dari luar negara. Bagi mereka yang baru pulang dari luar negara, mereka dikehendaki untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (self quarantine) selama 14 hari.

Sejumlah kes COVID-19 melibatkan rakyat Malaysia yang baru pulang dari luar negara telah direkodkan semenjak kebelakangan ini. Oleh itu, KKM memandang serius kepatuhan rakyat Malaysia dalam mengikuti nasihat yang telah dikeluarkan. Setiap lapisan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing secara bertanggungjawab. Pematuhan kepada ketetapan ini adalah amat penting bagi mengelakkan dari berlakunya penularan jangkitan yang meluas dalam masyarakat.

PEMBERIAN SUMBANGAN ATAU DERMA BERKAITAN COVID-19 KEPADA KKM

KKM sangat menghargai keprihatinan rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat yang ingin menyalurkan sumbangan atau derma bagi membantu kami menangani pandemik COVID-19 dengan sebaik-baiknya. Sumbangan yang diterima setakat ini tidak hanya terhad kepada bantuan kewangan tetapi juga melibatkan alat-alat kelengkapan perubatan, barangan keperluan di peringkat makmal, bahan pakai buang serta keperluan-keperluan perubatan lain yang berkaitan untuk kegunaan di fasiliti KKM.

Justeru, bagi memudahkan para dermawan yang menyalurkan bantuan, berikut dikemukakan butiran bagi rujukan orang ramai yang berminat untuk menyalurkan sumbangan tersebut:

  • Sumbangan dalam bentuk bantuan kewangan boleh disalurkan ke akaun 2-66016-0002347-5 (RHB Bank) atas nama “Sumbangan Perubatan KKM”;
  • Sumbangan dalam bentuk barangan atau peranti perubatan boleh berhubung lanjut melalui talian 03-8883 3111 (waktu operasi Isnin-Jumaat, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang) atau melalui e-mel: sumbangancovid19@moh.gov.my; untuk perhatian Setiausaha Bahagian, Bahagian Perolehan dan Penswastaan, KKM.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Mengambil kira keadaan semasa, pihak KKM ingin menegaskan agar rakyat Malaysia memberi kerjasama kepada kerajaan dengan berada di rumah, mengamalkan penjarakkan sosial (social distancing) dan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun.

Maklumat lanjut mengenai kejadian COVID-19 di Malaysia boleh juga didapati melalui saluran telegram CPRC Kementerian Kesihatan Malaysia; https://t.me/cprckkm.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan ini melalui segala maklumat yang diperolehi dan akan dimaklumkan kepada rakyat dari semasa ke semasa.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

28 Mac 2020 @ 5.00 petang

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...