27 Mac 2020 – Pasukan Respon Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) membuat kenyataan berhubung dengan PENAFIAN tentang beberapa berita yang tular di media sosial.
Penafian tentang beberapa berita yang tular di media sosial tersebut adalah seperti berikut :
- Hospital Pakar Sultan Fatimah (HPSF), Muar menafikan bahawa terdapat staf HPSF positif Covid-19.
- Pengarah Hospital Selayang menafikan pihaknya ada menerima sumbangan wang sebanyak RM 160,000.00 untuk pembelian ventilator. Ini berikutan dakwaan berita yang tular mengatakan Zurich Malaysia telah menderma RM 160,000.00 kepada Hospital Selayang untuk membeli ventilator.
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjelaskan berita tentang bantuan perubatan untuk Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebenarnya adalah inisiatif NGO.
Rakyat Malaysia dinasihatkan agar menjadi masyarakat yang bertanggungjawab dan peka terhadap sesuatu berita yang tular. Rujuk pada sumber yang sahih sebelum respon atau kongsi.
Leave a comment