Home MY LNA AM Bayaran Bantuan JKM bulan April dimasukkan esok – Rina Harun
AMCOVID-19

Bayaran Bantuan JKM bulan April dimasukkan esok – Rina Harun

24 Mac 2020 – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Harun berharap agar semua penerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang ingin keluar ke bank esok supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan-arahan semasa yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Rina di dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, seramai 500 ribu penerima Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima wang bantuan mulai esok 25 Mac 2020 (Rabu).

“Bantuan yang melibatkan kos sebanyak RM150 juta ini dimasukkan ke akaun penerima 15 hari lebih awal.

KKPWKM amat mengharapkan agar semua penerima bantuan yang ingin keluar ke bank untuk sentiasa berhati-hati dan mematuhi arahan-arahan semasa yang dikeluarkan oleh pihak MKN dan KKKM bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan” pesan beliau.

Rina turut berpesan agar para penerima bantuan bulanan tersebut terus amalkan social distancing dan elakkan berada di kawasan bank yang sesak.

“Keselamatan dan kesejahteraan penerima bantuan JKM merupakan keutamaan KPWKM. ” kata Rina.

Khamis lepas Rina telah mengumumkan bahawa KPWKM menerusi JKM telah memutuskan untuk mempercepatkan bantuan bulanan kepada semua penerima bantuan bagi bulan April 2020. Langkah ini menunjukkan keprihatinan KPWKM terhadap kumpulan sasar kementerian yang terkesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan yang telah dikeluarkan oleh YAB Perdana Menteri bermula dari 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Jiwa suci asas rohani Islami

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Arus kemodenan dunia yang semakin menggila kini...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Persefahaman Serantau diteruskan untuk Pengukuhan Kerjasama Keselamatan Maritim

PUTRAJAYA, 23 November – Pertemuan dengan beberapa wakil kedutaan melalui siri kunjungan...